Betul-betul kakoii...! Selamat Membaca-desu...
---
Bertanya kepada seseorang berapa lama mereka percayakan Santa Claus. Ianya langsung tidak bermakna walaupun ia juga boleh menjadi gossip yang tidak berguna. Jika anda bertanya berapa banyak masa kanak-kanak yang saya habiskan mempercayai seorang lelaki tua dalam sut berwarna merah. Saya dengan yakinnya mengatakan, sejak dari dahulu lagi saya memang tidak pernah mempercayainya.
---
Bertanya kepada seseorang berapa lama mereka percayakan Santa Claus. Ianya langsung tidak bermakna walaupun ia juga boleh menjadi gossip yang tidak berguna. Jika anda bertanya berapa banyak masa kanak-kanak yang saya habiskan mempercayai seorang lelaki tua dalam sut berwarna merah. Saya dengan yakinnya mengatakan, sejak dari dahulu lagi saya memang tidak pernah mempercayainya.
Saya tahu, Santa Claus ketika sambutan Krismas pra-sekolah itu adalah penipuan. Saya juga tidak pernah melihat emak mencium Santa Claus. Saya fikir, saya hanyalah seorang budak yang mempersoalkan kewujudan orang tua yang bekerja semasa hari Krismas itu.
Walau bagaimanapun, kalau ianya makhluk asing, pengembara masa, hantu, ahli sihir atau organisasi jahat dan ada wira dalam kartun atau komik yang akan menentang mereka. Saya sendiri tidak sedar yang mereka ini juga tidak wujud pun sehinggalah suatu ketika. Tidak! Saya mungkin sudah sedar tentang kebenarannya. Saya cuma tidak mahu mengakuinya.
Jauh di sudut hati saya. Saya berharap bahawa makhluk asing, pengembara masa, hantu, ahli sihir atau organisasi jahat mungkin muncul di hadapan saya. Walau bagaimanapun, realiti memang kejam! Seseorang itu harus kagum bagaimana sempurnanya hukum fizik itu ditulis.
Saya sudah berhenti terpengaruh dengan rancangan TV khas UFO dan program tentang fizik. Makhluk asing, pengembara masa, ahli sihir. Tiada satu pun antara mereka yang wujud. Walaupun saya berharap mereka itu wujud. Barangkali, kemampuan saya untuk melupakan keyakinan dan menerima segala kenyataan adalah tanda saya sudah dewasa.
Selepas saya tamat dari sekolah menengah rendah. Saya juga sudah tamat dari mimpi kebudak-budakan itu dan telah menjadi kebiasaan dalam rutin harian dengan dunia ini. Dan saya memasuki sekolah tinggi tanpa sebarang visi di dalam minda…
...kemudian, bertemu dengannya. Seorang pelajar wanita yang misteri telah memperkenalkan dirinya.
“Dari Sekolah Menengah Timur, nama saya Suzumiya. Saya tidak berminat dengan manusia biasa! Jika ada makhluk asing, pengembara masa atau ahli sihir disini... sertailah saya. Itu sahaja!”
Adakah kami perlu ketawa? Seorang yang sangat cantik berdiri di depan saya. Ramai orang akan fikir yang dia hanya bergurau. Kalau ikut pengalaman lalu, ia bukanlah gurauan ataupun bahan ketawa. Suzumiya sentiasa begitu serius. Saya
Kebetulan pula pada masa itu, tempat duduk saya hanya terletak di hadapan tempat duduknya. Saya anggap ianya alasan yang bagus untuk saya mendekatinya. Anda tidak boleh menyalahkan saya jika saya hilang akal untuk seketika kerana perbuatan saya itu.
“Hai, mengenai perkara semasa sesi perkenalan sebelum ini. Sejauh mana ianya serius?”, saya bertanya kepadanya.
“Yalah, yang dimaksudkan awak? Perkara tentang makhluk asing dan apa-apa sajalah.”
Saya tergamam seketika dengan jawapan yang diberikan tadi. Akhirnya saya terpaksa memberhentikan sesi perbualan kami setakat itu sahaja.
Ketika waktu rehat bermula. Seorang rakan sekelas bernama Taniguchi telah mendekati saya lalu membuka cerita mengenai pelajar perempuan yang baru sahaja saya berbual dengannya.
“Awak maksudkan semasa dia memperkenalkan diri?”
“Sama seperti yang digunakan untuk membangkitkan semula mayat. Hmm… tak tahulah untuk apa. Malahan, dia juga begitu popular. Dia memang cantik pun. Malah dia seorang ahli sukan yang hebat dan mungkin juga lebih baik daripada pelajar yang lain. Awak tak boleh katakan dia itu pelik jika dia hanya berdiri di
Sedang khusyuk mendengar ceramah Taniguchi tadi. Saya mula memandang ke arah Suzumiya dari jauh melalui tingkap sekolah itu sambil melihat kelakuan pelik yang ingin cuba dilakukan olehnya.
“
“Betul ke?”. Saya seperti tidak percaya akan kata-kata Taniguchi itu.
“Saya tidak tahu mengapa, tapi dia memang tidak pernah menerima sesiapa pun. Sebab itulah saya beri amaran kepada awak sebelum berfikir perkara yang bukan-bukan. Lupakan sajalah", sambung Taniguchi dengan nada serius.
Bukannya ada apa-apa pun untuk lupakannya.
Saya sendiri pun tidak berminat.
---
Disediakan dan disunting oleh: Aguri-Channel
Ciptaan Asal: Nagaru Tanigawa "Suzumiya Haruhi no Yuutsu"
Gambar: Aguri-Channel