25 September 2008

Video... Hari Raya... Team g3?

Wuhoo!! Dah lama aku tak update blog aku ni. Disebabkan ada permintaan... untuk aku update blog aku ni. So... aku nak update pasal rakaman video ucapan Hari Raya yang sempat aku rakam dan sunting sendiri. Oleh itu... layan...

video

Dikesempatan ini juga... aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI - 1 Syawal 1429H kepada seluruh pengunjung yang melayari blog aku ni... dan... kepada seluruh pembaca setia majalah humor moden tahap ulung gegila... G-Threeee...

Sekiranya ada salah dan silap mahupun terkasar bahasa... aku memohon ampun dan maaf kat korang. Geng2 g3... maafkan aKO... aKO budaq baek... maafkan aKO yaa. Tahun ni balik kampung gak... HUHU.

Maaf Zahir & Batin... dan Terima Kasih


Ikhlas daripada,

Nas-AGURI
Penulis Kreatif & Wartawan g3

20 May 2008

SELAMAT HARI IBU 2008

Disebabkan mak aku juga penonton setia Naruto dan Shin-chan...
...aku nak ucapkan SELAMAT HARI IBU 2008... jasa dan pengorbanan mu tetap ku kenang. Mama memang BEST!

video
Original Anime Music Video
by Amanda



Susah betul nak cari animasi yg banyak mempamerkan tema keibuan... dengan kualiti animasi yang superb... taraf masterpiece. Tapi... japanese animation a.k.a anime... senang nak jumpa. Itulah antara faktor kenapa anime dikatakan mudah diminati kerana bersifat lebih global.

27 April 2008

EMPAYAR ANIMASI ASIA ...Reborn!

Komfem...! Tak semua orang Malaysia tahu pasal animasi negara jiran kita. Misalnya negara Filipina... err... pernah dengar Philipine Animation Studio Inc. (PASI) yang turut terlibat ngan projek pembikinan animasi karakter Dato Lat... Kampung Boy. Diorang pun dah lama gak mempergiatkan industri pembikinan animasi diorg... cuma korang je tak nak ambik tahu (yg ambik tahu... takpe). Selalunya aku bagi poin kat animasi Jepun atau Amerika sebagai contoh... sebab rujukannya lebih banyak, pelbagai dan advance. Tapi... cam tak berapa berkesan la kaedah yg aku gunakan. Dah la tak berkesan... ada plak sampai emosional ntah pape ntah salahkan aku plak. Kitorang nak bagi semangat je.

Jadi... aku nak tunjukkan contoh video animasi negara jiran kita samada dari segi sentuhan idea, pengaruh/influence, manipulasi kesan khas atau gaya dan kaedah kerja pembikinan animasi seperti dipraktikkan kat Amerika dan Jepun nun. Diorang dulu pun cam kita gak... belajar dan terus dewasa mengikut permintaan pasaran dan kehendak golongan sasaran. Video tu... boleh gak dijadikan sebagai rujukan atau panduan untuk korang. Mana la tau... kot-kot ada kalangan korang ada pendam cita-cita nak jadi barisan animator profesional Malaysia barangkali. Hmm... kalo contoh video animasi tu pun masih gak tak bleh nak terima. Aku pun dah tak bleh nak tolong lagi dah.

Ahh... layan aje la video kat bawah ni...


video
Produk studio ArtFarm Asia - Filipina. Eh! Apasal ada animasi
Malaysia plak dalam tu? Hoho... tau takpe.


video
Filipina: Filem animasi URDUJA... rekaan
karakter mirip ala-ala Walt Disney.


video
Thailand: Cel-Shading... atau Toon Shading... atau apa-apa aje la
istilahnya... digunakan dalam pembikinan animasi NAK.


video
Filipina: Karakter hero animasi DAYO mirip sorang karakter
dalam animasi Anak-Anak Sidek

video
China: STORM RIDER a.k.a Pedang Setiawan...
mesti
korang dah tau -kan. Bagi yang tak tahu... sekali pandang cam animasi
buatan Jepun... sebenarnya bukan. Cara pembikinan je sama.


Huh! Taraf international tu. Sebenarnya banyak lagi animasi buatan Asia... tapi... tak larat la aku nak tunjukkan semua kat sini. Kalau betul korang berminat nak tahu... cuba berusaha cari dulu. Kalau tak jumpa... takpe... janji korang tau diorang boleh bikin. Mesti ada yg akan tanya aku lagi ni... "apasal tak letak contoh video dari Malaysia?" Come on la... korang duduk kat Malaysia... baca suratkhabar Malaysia... takkan la itu pun aku nak bagi tahu juga. Ishh!

Amacam... ada rasa cam nak bersaing ngan diorang cara sihat ke tak. Semangat dah tengah membara tu... takkan takde kot... HUHU! No more alasan. Akhir kata... terima kasih kerana menonton-desu! ("-_-)


p.s:
Agak-agak korang... animasi diorang tu masuk Malaysia ke tak? Sebab... memang susah betul aku jumpa... filem diorang tayang kat panggung Malaysia.

26 April 2008

MELUKIS KARTUN CARA GAYOUR 2008

Gua (...membahasakan diri cara Gayour la pulak) ...orang pertama jadik bahan ujikaji brader Gayour untuk team g3... huh! Gua jugalah orang yg paling teruja skali... err... bukan sebab beliau bikin buku... tapi... kandungan dan pengisian yang brader Gayour cuba sampaikan dalam penulisan bukunya itu seakan satu revolusi pembelajaran terbaru dalam sejarah penerbitan buku cara-cara melukis kat Malaysia ni. Secara spontannya... akibat terlampau teruja... jari gua secara tak sengaja telah menaip dan menyiarkan buku karyanya dalam ruangan khas majalah sisipan BREK! g3. Ketika itu jugalah... brader Gayour telah menerima salinan cenderahati pertama dari pihak Alaf 21 pada 1 April 2008. Akhir kata... gua caya sama lu la itu macam... HUHU!

As Seen On... g3 Isu 51
Mei 2008


Muka depan...


Terima Kasih Juga... Wuhoo!!

Kepada korang yang masih samar-samar lagi dengan sejarah perkembangan kartun di Malaysia. Buku Melukis Kartun Cara Gayour... turut memuatkan artikel mengenainya untuk mereka-mereka yang dah komfem untuk komitmen dgn. bekerjaya sbg. kartunis, pelukis komik mahupun pelukis ilustrasi sbg kerjaya profesional pilihan korang. Jangan lupa aa... beli cepat2... karang habis. Oleh itu... SELAMAT MEMBACA-desu!

19 April 2008

BUDAK LAPOK... Animasi 50:50

Kalau nak aku ceritakan semula pasal filem animasi Budak Lapok… mungkin ianya adalah sebuah cerita epik yg sudah lapuk utk dihebohkan. OK la… mungkin korang pun malas nak cerita atau ambik tau -kan. Tapi… apasal ada lagi org masih bertanya… best atau tak best filem animasi tu. Tak salah lerrr kalo bertanya… polis pun tak marah… polis marah ka? HAHAHA… OK la… aku tak kisah pun sbb aku suka orang bercerita dgn aku pasal perkembangan animasi negara. Ianya juga sebuah topik menarik yg patut sesame kita kongsi dan melihat pendekatan atau alternatif lain untuk terus memperjuangkan industri animasi tempatan kita.

Pada pendapatan patik… err… pada pendapat aku la pasal filem animasi BUDAK LAPOK… ialah… Budak Lapok adalah sebuah filem animasi tempatan yang berjaya dari segi persembahan kualiti animasi… sayangnya… pemilihan tema dan penceritaan yang dipertontonkan seakan sebuah siri animasi TV untuk tontonan kanak-kanak semata-mata. Tapi -kan… kalo betul la filem animasi ni disasarkan kepada seisi keluarga… terutamanya untuk golongan penonton dewasa. Terus terang aku cakap… fail! Gagal! Kalo ayat popular brader Gayour pula… CRAP!

Korang jangan pula mengada-ngada nak marah aku sbb aku minat layan animasi antarabangsa seperti Amerika dan Jepun… jadi... aku guna alasan itu, kata filem animasi Budak Lapok gagal. Come on la my friend… kalo korang pun antara golongan orang yg. berfikiran tipikal mcm tu… sampai bila-bila pun… animasi tempatan kita tak ke mana le. Aku tetap menyokong… support… industri animasi tempatan. Kalau tak… buat apa aku susah-susah menghabiskan duit poket semata-mata nak tengok animasi Malaysia! Aku bangga sbb Malaysia boleh buat animasi… cuma… aku jadi kureng bangga apabila hasilnya tak berjaya membuatkan aku teruja. Itu je. Sama la juga kes dengan animasi antarabangsa… korang ingat semua animasi diorg tu best ke? Tak dapat la beb! Diorang pun ada gak animasi yang gagal... fail.

MANN SPIDER ...filem animasi tempatan yang aku tersangat
ingin tengok... sampai sekarang aku tetap setia menunggu. Jadi ke tak tayang?


Ingat lagi tak… kartun animasi pendek tahun 80-an… yang disiarkan oleh RTM suatu ketika dulu. Pada pendapat aku… animasi hikayat sang kancil dengan buaya… atau arnab dengan kura-kura… monyet… kerbau… gagak dan segala… adalah animasi yang aku anggap… yang PALING TERBAIK pernah wujud di kaca TV Malaysia. Sayangnya… selepas pengenalan terhadap filem animasi Silat Lagenda… dlm zaman populariti Usop Sontorian… Keluangman… pembikinannya seakan tidak menggunakan formula pembikinan animasi cara terdahulu. Mula-mula animasinya OK... bila dah lama sangat... seolah-olah telah mempamerkan kualiti animasi ala-ala takde mood nak bikin… HAHA! Aku faham… kos pembikinan dan pulangan keuntungan jadi ukuran atau faktor utamanya. Aku tak nafikan itu semua… tapi… janganlah sampai menjatuhkan kualiti pembikinan animasi tempatan sampai ke tahap tu. Mcm buat kerja asal boleh tayang je… ish! Korang ni! Serius la skit!

Aku bet… mesti korang bangga dgn. animasi Kampung Boy -kan? Tapi… korang pasti ke… animasi tu adalah pure buatan Malaysia sehinggakan ada kata-kata bangga tak hingat donia kononnya kita berjaya hasilkan sebuah animasi tahap international. Serius aku cakap… persembahan karakter dan latar tempat sememangnya adalah ciptaan asal Dato Lat… tapi… yg bikin bukan kita. Jadi… aku cuma bangga sbb… unsur atau eleman berkonsepkan budaya Malaysia berjaya dipertontonkan kat Jepun, Jerman, USA, Singapura, Filipina dan dot-dot-dot. Bagaimana dengan siri TV animasi Anak-Anak Sidek pula? Korang tau ke…? HAHAHA… tau takpe.

Hmm… cukup setakat ni dulu. Kalo nak bincang pasal tu… sampai 100 tahun kemudian pun tak habis la. Err… lupa lak nak cakap… aku bercerita pasal pembikinan animasi 2D… bukan 3D. Sbb tu aku tak senaraikan siri animasi Saladin, Upin & Ipin, Kacang dan Geng The Movie. Aku prefer 2D animation… sbb… aku lebih terpesona dgn nilai-nilai seni, artistik dan kreativiti yg dipertontonkan. Tu je.

Overall... filem animasi BUDAK LAPOK... masih mempamerkan kualiti persembahan animasi yang terbaik. Hmm... BEST... cuma... 50:50 je. Amat sesuai sbg. tontonan santai kanak-kanak... bukan orang dewasa.

15 April 2008

DVD Japanese Anime Classic?!

Memang betul... org kata rekaan karakter dan teknologi pembikinan animasi Jepun... a.k.a anime (animasi) dan manga (komik) asalnya berpandukan pada animasi buatan Amerika Syarikat. Serius! Memang betul la diorang cakap. Bapa anime dan manga Jepun, Osamu Tezuka ada buat statement yang beliau mmg meminati karya Walt Disney sehingga timbul idea utk bikin filem animasinya sendiri. Mungkin korang masih tak percaya animasi Jepun yg pernah korang tengok kat TV tempatan kita sebenarnya sudah berevolusi sejak tamat perang dunia ke-2 lagi.

video
Video Sample:
Rare Japanese Anime Classic

Sedikit Ulasan... Tentang Budaya Menonton Animasi
Tak Banyak... Skit Je!


Sebenarnya aku letih tau nak ulang2 bagitau pasal budaya menonton animasi kat Jepun nun. Still... ada gak wartawan akhbar tempatan kita buat statement mcm tak cukup ilmu walaupun bangga dapat anugerah sana-sini... err... bukan semua wartawan OK! Ada la 2-3 org penulis akhbar tabloid tempatan... selebihnya memang totally OK. Mcm kata brader Gayour... kalau nak jadi kartunis atau pelukis ilustrasi... kena ada ilmu. Sama la juga dgn wartawan... kalo tak tahu... jgn tulis sumting yg tak relevan. Please la! Jgn memalukan bangsa kita dgn pemikiran yg tipikal. Cubalah contohi skit2 sorang wartawan The STAR yg jadi penulis eksklusif ruangan berkaitan. Boleh?! Padat... tepat... relevan dan berkarisma gitu!

video
Video Iklan:
Syarikat Penerbangan Jepun ANA


Masa Jepun kalah perang dunia ke-2... diorg hidup melarat dan miskin. Masa tu ekonomi diorg bukan cam skrg ni. Disebabkan Osamu Tezuka suka baca komik masa kecik2... beliau berazam nak bikin komik sendiri dan buka kelas lukis komik. Kebanyakkan anak didik beliau berjaya memperkembangkan industri komik diorg kat sana dgn teknik dan idea baru. Lepas tu... Tezuka nak bikin animasi pulak. Sebab beliau minat animasi Walt Disney... beliau mempelajari kaedah pembikinan animasi diorg. Industri komik dan animasi diorg sangat diterima ramai oleh semua penduduk kat sana. Kenal Hayaou Miyazaki... ala... yg filem Sprited Away ngan Howl Moving Castle tu. Beliau juga antara pelopor pembikinan filem animasi Jepun generasi selepas Tezuka. Korang mesti tak caya -kan... industri animasi diorg lebih maju dari filem atau drama diorg.

video
Video Iklan: DVD Macross Zero

Dengan erti kata lain... tak kiralah animasi diorg tu ada unsur keganasan yg terlampau... ada unsur lucah aka 18sx segala... ada kepercayaan tahyul dan memacam lagi statement yg dilontarkan. Menonton animasi itu budaya diorg... bukan budaya kita... err... bukan kita... korang. Diorg tengok animasi macam tengok drama bersiri Melayu. Sebenarnya... korang dah ter-tengok animasi yg menjadi budaya tontonan diorg. Sbb tu teknologi pembikinan animasi diorg sentiasa berkembang dari tahun ke tahun. Tak payah la hairan kalo korang jumpa byk2 iklan TV diorg... adalah animasi. Hairan aku... yang Japanese punya negatif part korang nampak... tapi... korang pernah ke tengok animasi ganas dan lucah dari Amerika Syarikat? Sorry... aku bet 1% je pernah tengok. 99% lagi yg dah set dlm minda kata... "apa ni... tengok kartun cam budak-budak" ...perghhh! Ayat kencang!

video
Video Iklan: Louis Vuitton Monogram Panda
Jenama mewah dari Perancis


So... itu je la. Malas la nak tulis lagi. Karang ada yg ambik hati la... lari dari rumah la... bunuh diri terjun tingkap la... yg konon2 keciwa sbb terbaca kandungan penulisan aku ni. This is reality... bukan TV realiti!

18 February 2008

9 SIMPULAN / IKATAN

Atas perminataan brader Gayour... konon-konon nak wat rujukan bikin kartun crossover katanya. Entah betul ke tidak... entah la. Kalo tak jadi pun takpe la... janji ikhlas nak belajar. Ada org tu... gelak kuat... tapi otak kosong... benda bagus diperlekehkan... benda tak bagus... suka! Ikat tiang, guna tali... pandai~ ...skali pegang tercabut ...ahahahaha. Bang... kalo tak reti nak ikat... guna paku aje la... tak payah susah2 nak ikat hahahaha!

So... dikesempatan ini... aku letak 9 Asas Simpulan dan Ikatan je... selebihnya... pepandai korang la ye. Hafal semua pun bukannya selalu dipraktikkan. Lebih baik belajar benda asas yg mungkin selalu digunakan... dari tak tahu langsung... -kan? Korang Pengakap ke atau tidak ke... itu bukan alasan. Serius!


Ikatan Buku Sila...
Selalunya digunakan untuk mematikan ikatan seperti menyambung tali yang sama saiz, kain pembalut luka dan mengikat barang. Ianya juga senang dibuka semula.

Ikatan Bunga Keti...
Digunakan untuk menyambung tali yang tidak sama besar atau saiz untuk menarik beban berat seperti perahu mahupun menarik sang kerbau.


Simpul Manuk...
Digunakan sebagai pemula ikatan pada tiang atau mengikat kayu.

Simpul Belit...
Cara ikatan ini amat sesuai digunakan untuk mengikat tali sampan (kerbau pun boleh) ke tiang atau pokok. Ianya tidak mudah tanggal atau terlucut... malah mudah dibuka semula ikatannya.

Simpul Pulih...
Simpulan ini digunakan untuk memendekkan tali yang panjang tanpa memotongnya.


Simpul Tindih Kasih...
Simpulan ini amat sesuai untuk kerja2 menyelamat atau alat sokongan untuk memanjat dan juga amat sesuai untuk mengikat leher sang kambing dan sang harimau... eh.


Ikatan Seraya...
Biasanya digunakan untuk mengikat kayu berpalang misalnya membuat tangga, tiang khemah dan yang seangkatan dengannya. Mulakan dengan ikatan simpul manuk terlebih dahulu. Ikatan ini lebih kukuh dan tidak mudah terluncut atau tercabut. Tak percaya... korang cuba ikat... lepas tu tarik batang kayu yang korang dah ikat. Perghhh~ marvelous!


Ikatan Silang...
Digunakan untuk mengikat 2 batang kayu secara bersilang. Selalunya dipasang atau digunakan sekali pada kaki meja, kerusi, tiang khemah dan apa-apa aje la yang sesuai mengikut keperluan korang supaya lebih teguh dan perkasa gitu!


Ikatan Silang Tungku...
Perlukah aku terangkan lagi yg ni? Tak payah la ye... (^_^ ")


OK la... rasanyer... cukup la setakat ni. Kalo aku rasa nak tambah... atau terdesak. Aku tambahlah lagi. Err... gambar kat atas tu adalah contoh peralatan atau... bebudak scout panggil... "gajet" yang boleh korang praktikkan sebagai latihan untuk korang simpul-menyimpul dan ikat-mengikat. Senorok sebenornyerrr~ kalo korang ada minat nak buat.

SELAMAT MENCUBA-desu!

12 February 2008

Interview: EIICHIRO ODA vs AKIRA TORIYAMA


Akira Toriyama ni... menurut pendapat (ini bukan penipuan!) majoriti peminat dan pembaca setianya kat Jepun menobatkan Toriyama sebagai pelukis manga (komik) LEGEND (...genre shonen) sampaikan lebih berbelas-belas mangaka (pelukis komik) yg popular dgn manga diorang memasing menjadikan Toriyama sebagai inspirasi diorang untuk terus berkarya ke peringkat lebih pro. Antaranya seperti Kubo Tite (Bleach), Masashi Kishimoto (Naruto) dan peminat paling hardcore skali... Oda Eiichiro (One Piece). So... aku perintah korang... baca lerrrr temubual diorang kat bawah ni! Tak la aku terasa letih kalo aku post kat sini. Mana tau... mungkin ada something2 yg boleh korang manfaatkan nanti!

Sesi temubual penerbit bersama Akira Toriyama (Dragon Ball) dan Eiichiro Oda (One Piece) dalam buku koleksi ilustrasi ONE PIECE ARTBOOK - COLOR WALK 1:

Jom kita mulakan. Apa pendapat Oda tentang Toriyama?

Oda : Pendapat aku, Toriyama-sensei adalah dewa dari dimensi yang berbeza. Dia sememangnya seorang pelukis yang begitu handal melukis!

Toriyama : Haha... aku rasa janggal la dengan kedudukan itu.

Oda : Serius aku katakan, aku tak pernah baca manga (komik) Arale-chan (Dr. Slump). Yang membuatkan aku minat dengan manga Toriyama-sensei adalah sejak terbaca Dragon Ball jilid ke-2. Aku tak ingat bila, tapi itulah kali pertama aku jatuh cinta pandang pertama. Walaupun ketika itu aku sukakan karakter Disney. Tapi setelah berfikir panjang. Aku merasakan ianya lebih baik dari Disney. Ingat lagi tak karakter Ranfan dalam pertarungan Tenkaichi Budokai (Kejohanan Seni Bela Diri) ke-21?

Toriyama : Ya, dia ada dalam tu!

Oda : Aku rasa macam pelik pula kalau awak masih ingat lagi. Aku ingatkan awak dah lupa beberapa karakter yang bagus itu... HAHA. Ingat lagi -kan selepas Ranfan tanggalkan bajunya? Bahagian ketiak Ranfan ketika babak itu... dilukis dengan begitu kemas sekali. Aku merasakan awaklah orang pertama yang aku kenal telah melukis bahagian ketiak itu dengan kemas. Sejak dari itu, aku rajin melukis bahagian ketiak dan begitu juga dengan tangan Taopaipai.

Toriyama : Taopaipai? Awak ni memang suka dengan karakter-karakter yang kurang penting.

Oda : Ish!? Taopaipai itu juga karakter yang penting!

Toriyama : Lelaki yang berambut tocang tu?

Oda : Ya... ya. Seorang pembunuh upahan. Lelaki yang menerbangkan sebatang tiang ke langit dan berdiri di atasnya sebagai kenderaan.

Toriyama : Oh yelah... aku ada lukis yang itu.

Oda : Setiap kali tangannya ditunjukkan. Ianya dilukis dengan begitu sempurna. Sebab itulah aku suka melukis tangan. Dua benda penting yang membuatkan aku teruja dalam Dragon Ball ialah ketiak dan tangan.

Toriyama : Tapi, dalam Dragon Ball ada banyak karakter yang berotot besar. Aku rasa macam satu kerugian sebab tak mengkaji bentuk model otot awal-awal. Sampai sekarang pun aku masih tidak praktikkannya lagi.

Oda : Toriyama-sensei, cara awak mencipta karakter yang bersaiz besar itu sudah cukup menakjubkan! Aku sendiri adalah pembaca manga Kinnikuman dan sebab itulah aku merasakan ianya mengagumkan... HAHA.

Toriyama : Sebenarnya, aku terlalu banyak berfikir bagaimana otot itu patut dilukis. Sebab itulah, kalau awak tengok ianya seperti otot yang sebenar, rasanya ia kurang tepat.

Oda : Oh tidak... tidak, ianya cukup sempurna. Sensei, sedangkan karakter perempuan yang awak lukis itu juga kelihatan berotot dan bagi aku ianya nampak lebih seksi.

Toriyama : Sebenarnya aku tak pandai melukis karakter perempuan... HAHA.

Oda : Oh ya... Toriyama-sensei, ilustrasi mecha awak pun sungguh mengagumkan.

Toriyama : Kebanyakkan ilustrasi mecha hanya rekaan semata-mata. Tapi -kan, rekaan asal datangnya dari kepala otak aku dan otak itulah akan menentukan bagaimana ianya akan terbentuk dengan sendiri. Misalnya dimanakah tangki minyak itu patut dipasangkan.

Oda : Sebab itulah aku katakan ianya mengagumkan. Jarang sekali dapat terfikirkan idea macam tu. Aku sendiri pun langsung tidak tahu-menahu pasal mesin. Sebab itulah aku tidak mahir melukisnya.

Toriyama : Kalau ikutkan logik, kesemuanya itu adalah palsu. Tapi -kan, untuk memikirkan rekabentuk mecha yang pelik. Aku masih memikirkan sesuatu mengenainya seperti bagaimana aku boleh memandu benda itu dan bermacam-macam lagi yang perlu aku fikirkan.

Oda : Memang betul, rekabentuk mecha tidak semestinya boleh digunakan seperti di dunia sebenar.

Toriyama : Kalau awak nak tahu, melukis untuk lukisan ilustrasi aku tak kisah sangat. Tapi kalau untuk lukisan manga dan terpaksa pula melukisnya beberapa kali. Ia akan jadi satu penyeksaan. Kalau aku dah terlampau banyak sangat melukis sesuatu, kejap lagi ianya pasti membuatkan aku tertekan.

Oda : Betul tu. Bermacam perkara yang perlu difikirkan lebih-lebih lagi kalau banyak babak yang bergerak. Ianya mengingatkan aku pada krew Pilaf yang telah memandu beberapa mecha yang boleh bergabung.

Toriyama : Err...?

Oda : Memang ada la. Aku begitu teruja melihat 3 mecha itu bergabung menjadi satu! (...gambar bawah). Masa tu aku rasa begitu kagum sekali dan kalau 2 mecha itu bergabung, ianya kelihatan seperti bentuk burung unta.

Toriyama : Oh? Adakah ianya sebuah pengangkutan?

Oda : Ya.

Toriyama : Robot?

Oda : Ya.

Toriyama : Oh! Mungkin aku pernah lukis rupa macam tu kot.

Oda : Malah, awak sempat terfikirkan cara ia berubah.

Toriyama : Aku terfikirkan macam tu sekali ke?

Oda : Yalah, awak memang terfikirkan sampai macam tu sekali... HAHA.

---------------------------------------------


Dalam banyak-banyak ilustrasi yang kamu ingat, yang manakah menjadi kegemaran kamu?

Toriyama : Ilustrasi kegemaran aku...

Oda : Aku tahu. Mungkin Toriyama-sensei sudah lupa kot... tapi aku masih ingat pasal komen Toriyama tentang perkara itu.

Toriyama : Yakah?

Oda : Awak pernah sebut sesuatu pasal tu dalam satu sesi temubual (Temubual dalam buku Daizenshyuu 1).

Toriyama : Yang ini? (gambar bawah... bhg. kiri)

Oda : Yang itu la... HAHA. Awak kata itulah satu-satunya yang paling awak suka. Aku ada juga terfikir, kenapa yang itu, bagaimana pula yang lainnya?

Toriyama : Betul tu, aku pernah kata, inilah lukisan yang aku suka! Tapi, bila aku tengok sekarang sekali lagi, aku mula rasa hairanlah kenapa aku pilih yang ini.

Oda : ...HAHA.

Toriyama : Mungkin aku suka sebab warna latarbelakang hijau kekuningan itu membuatkanya begitu cantik kot?

Oda : Dalam komen awak dulu tu, awak kata, awak sukakan keseimbangan rekaletak mecha secara keseluruhannya.

Toriyama : Mungkin pada masa tu aku cuma bayangkan ianya adalah gabungan yang menarik kot?

Oda : Kalaulah pelukis asalnya tidak tahu, sesiapa pun takkan tahu barangkali... HAHA.

Toriyama : Bagaimana dengan awak pula, Oda-kun?

Oda : Yang jadi kegemaran aku... mestilah yang itu. Poster besar yang aku lukis untuk majalah Jump dan pertama kali aku lukis 5 watak bersama. Dalam tu ada ilustrasi Luffy dan kawan-kawannya berdiri di atas beruang kutub. Aku lukis ilustrasi itu, punyalah besar.

Toriyama : Adakah awak lukisnya seperti saiz yang sebenar!?

Oda : Aku cuba lukiskan mengikut saiz seperti yang sebenar. Aku lekatkan dua keping kertas bersama dan melukisnya.

Toriyama : Awak gabungkan dua kertas sekali!?

Oda : Mulanya, aku cuba lukis pada beberapa keping kertas yang dicantumkan. Kemudian baru aku perasan yang aku sepatutya lukis pada kertas bersaiz A3.

Toriyama : Wah, awak memang serius pasal tu... HAHA. Biasa la tu -kan, mungkin masa tu awak belum mahir melukis manga kot.

Oda : HAHA... mungkin awak pun tak tahu.

Toriyama : Dulu, aku pernah melukis bunyi efek seperti BOOM guna pembaris... HAHA.

---------------------------------------------


Oda-sensei, yang mana satu ilustrasi Toriyama-sensei yang awak rasakan ianya terbaik?

Oda : Salah satu yang menjadi kegemaran aku. Aku suka ilustrasi kulit muka depan jilid 2. Ianya memiliki warna-warna semulajadi dan kelihatan menarik.

Toriyama : Yang ini (gambar bawah...), aku lukis guna kertas berwarna. Aku pernah kata yang aku rasa tak larat melukis atas kertas putih sebab ianya adalah salah satu dari 5 muka surat berwarna untuk seminggu.

Oda : Gila apa! Lima muka surat berwarna seminggu?

Toriyama : Aku dipaksa menyiapkannya oleh Torishima-san! Dia selalu suruh buat sesuatu yang diluar jangkaan!! ...HAHA.

Oda : 2 pun aku dah tak cukup tangan dah.

Toriyama : Kenapa kau suka yang ini?

Oda : Ianya semacam ada satu pergerakan dan tampak kelihatan tenang. Aku fikir, itulah antara sebab aku sukakannya. Secara keseluruhan, suasana ilustrasi nampak lebih kool.

---------------------------------------------


Awak berdua sudah lama melukis ilustrasi. Tapi, ada tak karya yang kamu fikirkan ianya agak leceh untuk disiapkan?

Toriyama : Hmm... pada pendapat aku, melukis kenderaan atau kereta kebal yang wujud dalam dunia sebenar adalah paling payah untuk dilukis. Sebab kita tak boleh ubah rekaannya sesuka hati. Kalau aku rasa macam malas nak fikirkan rekaan yang baru. Aku terpaksa rujuk contoh benda yang wujud di dunia ini dan secara tidak langsung, lagi bertambah leceh.

Oda : Sebab itu aku berpendapat, mereka-mereka yang melukis siri tentang dunia sebenar tentu merasakan ianya agak sukar sekali.

Toriyama : Aku pun fikir macam tu. Ilustrasi yang macam ini memang gilalah (gambar bawah...). Sebab, motorsikal ini memang wujud dalam dunia sebenar. Ianya bukan sesuatu yang bagus untuk melukis benda-benda yang dah wujud.

Oda : Takdelah teruk sangat pun... HAHA.

Toriyama : Oda-kun, apa benda yang awak fikir leceh nak buat?

Oda : Aku fikir, aku hanya lebih suka semuanya kalau segala lukisan aku itu siap dilukis. Seronok juga melukis ilustrasi ni. Itu pun bergantung pada tempoh dateline untuk aku melukis dan setiap kali pihak editorial membawanya pergi. Aku terasa macam tak ingin ianya pergi dulu!

Toriyama : Beruntung awak! Itulah bezanya antara awak dengan aku. Kalau itulah yang berlaku pada aku, aku pasti ianya juga menyeronokkan.

---------------------------------------------


Kita bercerita pula pasal karakter. Boleh beritahu kami karakter yang disukai dalam manga kamu?

Toriyama : Sudah tentulah aku sukakan karakter Picolo (...gambar bawah, kanan). Dialah karakter pertama dalam manga aku yang aku suka. Mukanya nampak menakutkan tapi dengan gaya lebih kool. Ianya kelihatan klise kalau secara tiba-tiba orang jahat berubah jadi orang baik. Tapi ianya tetap menarik untuk dilukis.

Oda : Betul tu. Malah boleh membuatkan para pembaca gembira. Ada sebahagian dalam diri awak mesti akan rasa gembira walaupun awak dah tahu perkara itu bakal berlaku.

Toriyama : Ya, ya. Oda-kun, yang mana satu karakter manga yang awak suka?

Oda : Aku? Tentulah aku suka Luffy. Tapi... ada karakter yang aku masih suka... Gaimon (...gambar atas, kiri). Aku tak terfikir siapa lagi yang lebih bagus selain dia. Dia hanyalah seorang lelaki yang tersepit dalam kotak harta karun selama 20 tahun. Aku fikir ianya cukup unik untuk aku.

Toriyama : Mulanya, macam mana awak boleh fikirkan yang dia jadi macam tu?

Oda : Sepatutnya dia tersepit dalam tong. Tapi, aku takde idea macam mana ianya akan berevolusi... HAHA.

Torimaya : Ya... aku faham perkara yang awak maksudkan itu.

Oda : Karakter dicipta berdasarkan apa yang aku fikirkan, misalnya karakter ini akan katakan sesuatu yang begitu-begini.

Toriyama : Aku faham... aku faham. Cara kita lakukan mungkin berbeza tapi bagaimana kita bayangkannya itu memang sama.

Oda : Betul ke!? Senang hati aku mendengarnya.

Toriyama : Ini bermakna, segala kreativiti yang membuatkan pembaca gembira itu datang dengan sendiri atau awak cuma ingin membodek pembaca?

Oda : Kedua-duanya.

Toriyama : Contohlah, awak rancang melukis sesuatu yang sudah tersasar dari garis panduan. Adakah ia akan berubah pada pertengahannya.

Oda : Mungkin juga. Tapi, aku tetap percaya yang pembaca mesti gembira dengan apa yang mereka baca.

Toriyama : Betul juga. Awak pun sependapat dengan aku pasal tu.

Oda : Sejak aku kecil lagi, aku dah nekad ingin menjadi seorang artis manga. Jadi, kalau aku ditakdirkan menjadi seorang pelukis manga, seperkara yang akan aku lukis adalah berdasarkan dari pembacaan harian aku. Dalam otak aku, masih ada banyak idea yang aku simpan dan kebanyakkannya adalah dari pengalaman membaca. Ianya sudah menjadi sebahagian cara pemikiran aku untuk melukis sesuatu yang boleh mengembirakan para pembaca. Namun, bagaimana cara aku berfikir sekarang mungkin berbeza dengan pemahaman sebagai seorang budak ketika tu. Tapi, setiap kali aku melukis, terlintas dalam fikiran aku memikirkan apakah yang boleh membuatkan aku gembira ketika aku masih muda.

Toriyama : Ianya sungguh bermakna. Bagaimana cara awak cuba kembali menjadi seorang pembaca muda dengan sengaja.

Oda : Ya. Sebab itulah aku tak boleh nak ikutkan sangat cakap orang lain yang cadang aku buat macam itu dan ini. Tapi, kalau aku cuba fikirkan sesuatu yang akan mengembirakan aku membacanya seperti ketika aku masih budak. Aku pasti rasa lebih bangga dengan karya yang ingin aku tunjukkan.

---------------------------------------------


Apa yang awak fikirkan ketika mula-mula mencipta Luffy?

Oda : Sifat kejantanan. Dragon Ball pernah tunjukkan semua itu yang akan membuatkan budak-budak begitu gembira dengannya. Jadi, aku guna cara itu sebagai panduan untuk memulakannya.

Toriyama : Awak berjaya membuatkan peminat awak membaca siri pengembaraan seperti itu. Ianya bukan perkara mudah untuk hasilkan cerita dengan formula macam tu. Perasaan menjadi seorang lelaki terhebat dunia memang menarik.

Oda : Sudah tentulah. Ramai orang rasa segan menjadi seorang lelaki sejati. Kesudahannya aku tetap fikirkan yang mereka tetap akan suka.

Toriyama : Aku pun sependapat. Aku juga mulanya merasakan ianya sungguh tipikal setiap kali aku melukis.

Oda : Tapi, itu pun kalau pembaca suka dengannya.

Toriyama : Awak tetap berkesudahan dengan melukisnya juga -kan.

---------------------------------------------


Sebagai penutup, ada tak kata-kata semangat yang ingin diucapkan daripada kamu berdua?

Oda : Toriyama-sensei, buatlah apa-apa yang patut yang awak rasakan perlu. Walau apa pun yang awak buat, aku tetap akan rasa gembira selagi awak masih terus berkarya. Tapi -kan, aku pasti, kalau pihak editorial mesti akan kata macam ni... lukiskan sebuah cerita... HAHA.

Toriyama : Aku mengharapkan awak boleh terus berkarya mengikut aliran yang awak pilih. Tiada lagi kata-kata yang ingin aku ucapkan sebab anak aku pun sangat suka dengan manga One Piece. Aku juga sudah membacanya dan aku juga mula faham kenapa semua orang sangat suka tentang One Piece. Oleh itu teruskan lagi berusaha mulai sekarang.




----------------------------------------------------------------

TRIBUTE TO AKIRA TORIYAMA

Artikel kat bawah ni ada beberapa teks luahan perasaan diorang pasal Akira Toriyama yang menjadikanya sebagai pencetus sumber ilham dan inspirasi diorng untuk terus melukis ke peringkat lebih pro. Dipetik dari dalam sebuah buku koleksi Dragon Ball... dari 17 teks artis mangaka (pelukis komik) yg sempat aku baca... cuma 3 je aku berminat terjemahkan... yg lelain tu aku malas la... sebab... korang bukan tau pun manga (komik) diorang... -kan. So... apa lagi... baca lerrr...!


-----------

MASASHI KISHIMOTO (Mangaka Naruto)

Saya berumur 28 tahun (semasa temubual ini) dan lebih tua daripada rakan saya. Mereka antara 27, 26, 25, 24 tahun. Dragonball adalah wajib ada dalam diri kami. Ketika kali pertama saya membaca temubual yang diberikan oleh sipenulis, saya setuju dengan pendapatnya. Tidak kira perempuan, orang tua ataupun guru akan membicarakan tentang Dragonball dan kesemua mereka bersepakat bahawa "anda tidak patut menceritakan kisah Dragonball sekiranya seseorang itu belum tahu mengenainya lagi". Dragonball adalah satu cerita yang begitu popular dikalangan pelbagai generasi. Pada masa kini, sekiranya anda mendengar perkataan "Goku", itulah karakter kepunyaan Toriyama yang terlintas difikiran anda dan bukannya lagenda monyet dari China!





















-----------

TAITO KUBO (Mangaka Bleach)

Yang manakah serangan lebih berkuasa, serangan Kamehameha atau Dodonpa? Itulah tajuk perbincangan saya pada masa dahulu tentang Dragonball. Ketika itu, saya masih lagi dibangku sekolah dan bercerita mengenainya bersama kawan-kawan. Pada pendapat saya, Dodonpa adalah serangan paling hebat kerana Kamehameha memerlukan dua belah tangan untuk diaktifkan sedangkan Dodonpa pula hanya perlukan satu jari sahaja. Taobaibai adalah pembunuh paling hebat di dunia. Dalam dunia Dragonball, watak jahat adalah yang paling pintar sekali. Saya tidak berniat katakan yang saya tidak sukakan watak baik, mungkin saya lebih sukakan watak jahat. Taobaibai, Jiaozi, Piccolo, Raditz, Vegeta, Nanpa, Zarbon, Dodoria, Ginyu, Reacoom dan Freza, sukar untuk saya memilih watak jahat yang saya sendiri tidak suka di kalangan mereka. Mereka semua sangat kuat dan sebab itulah juga selepas mereka dikalahkan, watak baik kelihatan akan bertambah hebat. Saya juga tidak akan lupakan kemunculan kali pertama watak Trunks, ianya sungguh mengejutkan saya! Watak jahat sememangnya lebih kuat, hebat dan sangat pintar. Dragonball membuatkan saya terfikirkan tentang itu. Kini, setiap kali saya membaca Dragonball, saya berasa begitu teruja seperti dulu.














-----------

EIICHIRO ODA (Mangaka One Piece)

Setiap kali saya membaca Dragonball, berapa kali saya asyik terfikir "apakah yang akan terjadi selepas itu?". Itulah saat-saat yang paling penting untuk kita semua. Saya juga pernah dengar khabar daripada mereka yang mengatakan Akira Toriyama sendiri turut memikirkan mengenai perkara yang sama. Goku sememangnya membuatkan kita memikirkan perkara yang diluar jangkaan. Kebanyakan budak lelaki begitu teruja dengan personaliti dan persembahan yang ditunjukkan olehnya. Dragonball adalah manga shonen terhebat sekali. Dragonball juga adalah sebuah karya paling agung.





















Senarai 17 mangaka (pelukis komik) yg lain...

01 - Eiichiro Oda - One Piece
02 - Masashi Kishimoto - Naruto
03 - Shinya Suzuki - Mr. Fullswing
04 - Yoshio Sawai - Bobobobo Bobobo
05 - Yƻsuke Murata - Eye Shield 21
06 - Tite (Taito) Kubo - Bleach
07 - Kentaro Yabuki - Black Cat
08 - Yasuhiro Kano - Pretty Face
09 - Mikio Ito - Normandy Himitsu Club & Granada
10 - Nakaba Suzuki - Rising Impact & Ultra Red
11 - Kenichi Sakura - Dragon Drive
12 - Kenjiro Takeshita - Happy World!
13 - Norihiro Yagi - Angel Densetsu & Claymore
14 - Arina Tanemura - Kamikaze Kaito Jeanne & Full Moon o Sagashite
15 - Ryo Azuki - Love Wan!
16 - Koshi Rikudo - Excel Saga
17 - Kota Hirano - Hellsing


06 February 2008

HAPPY CHINESE NEW YEAR 2008

Tahun Baru Cina ni -kan... dlm kepala otak korang... korang mesti terpiki.... limau mandarin, angpow, tarian singa, bunyi mercun (jika ada lerrr... ), jeruk kering, biskut kacang, kuaci, filem cina kuar kat TV, taukeh kedai tutup... errr... apa lagi eh? Ah... lantak la!



Warghhh... cuti 4 hari! Kebetulan plak dateline dah lepas... bleh la kitorang kat opis tenang-tenangkan fikiran kitorang. So... dikesempatan ini... aku nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU CINA dalam tahun 2008 ini kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya kpd pembaca2 setia majalah g3. Tak kira la korang sesiapa pun yg sambut perayaan ni... janji kita sama-sama memeriahkannya sama seperti perayaan lain yg disambut oleh seluruh rakyat Malaysia. OK!

21 January 2008

NOVEL - Suzumiya "Prolog"

Betul-betul kakoii...! Selamat Membaca-desu...
---

Be
rtanya kepada seseorang berapa lama mereka percayakan Santa Claus. Ianya langsung tidak bermakna walaupun ia juga boleh menjadi gossip yang tidak berguna. Jika anda bertanya berapa banyak masa kanak-kanak yang saya habiskan mempercayai seorang lelaki tua dalam sut berwarna merah. Saya dengan yakinnya mengatakan, sejak dari dahulu lagi saya memang tidak pernah mempercayainya.


Saya tahu, Santa Claus ketika sambutan Krismas pra-sekolah itu adalah penipuan. Saya juga tidak pernah melihat emak mencium Santa Claus. Saya fikir, saya hanyalah seorang budak yang mempersoalkan kewujudan orang tua yang bekerja semasa hari Krismas itu.


Walau bagaimanapun, kalau ianya makhluk asing, pengembara masa, hantu, ahli sihir atau organisasi jahat dan ada wira dalam kartun atau komik yang akan menentang mereka. Saya sendiri tidak sedar yang mereka ini juga tidak wujud pun sehinggalah suatu ketika. Tidak! Saya mungkin sudah sedar tentang kebenarannya. Saya cuma tidak mahu mengakuinya.


Jauh di sudut hati saya. Saya berharap bahawa makhluk asing, pengembara masa, hantu, ahli sihir atau organisasi jahat mungkin muncul di hadapan saya. Walau bagaimanapun, realiti memang kejam! Seseorang itu harus kagum bagaimana sempurnanya hukum fizik itu ditulis.

Saya sudah berhenti terpengaruh dengan rancangan TV khas UFO dan program tentang fizik. Makhluk asing, pengembara masa, ahli sihir. Tiada satu pun antara mereka yang wujud. Walaupun saya berharap mereka itu wujud. Barangkali, kemampuan saya untuk melupakan keyakinan dan menerima segala kenyataan adalah tanda saya sudah dewasa.

Selepas saya tamat dari sekolah menengah rendah. Saya juga sudah tamat dari mimpi kebudak-budakan itu dan telah menjadi kebiasaan dalam rutin harian dengan dunia ini. Dan saya memasuki sekolah tinggi tanpa sebarang visi di dalam minda…


...kemudian, bertemu dengannya. Seorang pelajar wanita yang misteri telah memperkenalkan dirinya.


“Dari Sekolah Menengah Timur, nama saya Suzumiya. Saya tidak berminat dengan manusia biasa! Jika ada makhluk asing, pengembara masa atau ahli sihir disini... sertailah saya. Itu sahaja!”

Adakah kami perlu ketawa? Seorang yang sangat cantik berdiri di depan saya. Ramai orang akan fikir yang dia hanya bergurau. Kalau ikut pengalaman lalu, ia bukanlah gurauan ataupun bahan ketawa. Suzumiya sentiasa begitu serius. Saya cuba mendekatinya dan betul-betul berharap, saya boleh percaya yang ianya hanyalah kebetulan. Selagi Suzumiya duduk diam dengan mulutnya tertutup. Seseorang pasti akan menganggap dia hanyalah seorang pelajar perempuan sekolah tinggi yang jelita.

Kebetulan pula pada masa itu, tempat duduk saya hanya terletak di hadapan tempat duduknya. Saya anggap ianya alasan yang bagus untuk saya mendekatinya. Anda tidak boleh menyalahkan saya jika saya hilang akal untuk seketika kerana perbuatan saya itu.

“Hai, mengenai perkara semasa sesi perkenalan sebelum ini. Sejauh mana ianya serius?”, saya bertanya kepadanya.


“Perkara sebelum ini?”

“Yalah, yang dimaksudkan awak? Perkara tentang makhluk asing dan apa-apa sajalah.”

“Awak, makhluk asing ke?.”

“Bukan. Tapi…”

“Bukan! Tapi apa?!”

“Takde apa-apa, lupakan sajalah”

“Lain kali jangan bercakap dengan saya. Ianya membuang masa saja.”


Saya tergamam seketika dengan jawapan yang diberikan tadi. Akhirnya saya terpaksa memberhentikan sesi perbualan kami setakat itu sahaja.


Ketika waktu rehat bermula. Seorang rakan sekelas bernama Taniguchi telah mendekati saya lalu membuka cerita mengenai pelajar perempuan yang baru sahaja saya berbual dengannya.

“Jika kamu berminat dengan dia. Saya tidak ingin terangkan segala-galanya. Lupakan sahajalah. Saya tahulah. Saya sekelas dengannya selama 3 tahun di sekolah menengah rendah. Keanehan pada dirinya tidak seperti yang awak nampak sekarang ini”, terang Taniguchi kepada saya mengenai pelajar perempuan yang misteri itu.

“Awak maksudkan semasa dia memperkenalkan diri?”

“Yalah. Dia juga buat banyak perkara ganjil semasa di sekolah itu dahulu. Yang paling terkenal tentulah peristiwa dia melukis grafiti di perkarangan sekolah.”

“Apa benda tu?”, tanya saya lagi.

Ada sejenis alat yang digunakan untuk melukis garisan putih dengan kapur, betul tak? Apa benda yang mereka panggil alat itu. Ah! Apa-apa sajalah. Yang pastinya, seseorang itu akan gunakannya untuk melukis simbol yang besar di atas tanah. Ia juga dilakukan secara rahsia pada waktu malam.”

“Jadi, dialah yang lakukannya?”

“Dia yang mengaku sendiri. Jadi, sahlah dia orangnya.”
Taniguchi meneruskan perbualannya,

“Pada pagi itu, kami berkumpul di kelas untuk mencari semua meja yang dikeluarkan dari dalam dewan. Kami ternampak, lukisan bintang di atas bumbung yang dilukisnya dengan cat. Dia juga melekatkan banyak azimat di sekitar sekolah.”

“Apa yang dia ingin buat?”


“Sama seperti yang digunakan untuk membangkitkan semula mayat. Hmm… tak tahulah untuk apa. Malahan, dia juga begitu popular. Dia memang cantik pun. Malah dia seorang ahli sukan yang hebat dan mungkin juga lebih baik daripada pelajar yang lain. Awak tak boleh katakan dia itu pelik jika dia hanya berdiri di sana.”

Sedang khusyuk mendengar ceramah Taniguchi tadi. Saya mula memandang ke arah Suzumiya dari jauh melalui tingkap sekolah itu sambil melihat kelakuan pelik yang ingin cuba dilakukan olehnya.


Ada lagi cerita lain tentangnya? Sejak akhir-akhir ini, dia asyik berjumpa daripada seorang ke seorang. Setakat yang saya tahu, paling lama pertemuan mereka bertahan ialah seminggu dan paling cepat pun hanya selama 5 minit selepas dia bersetuju keluar dengan orang itu. Itu hanyalah cerita yang saya dengar!”

“Betul ke?”. Saya seperti tidak percaya akan kata-kata Taniguchi itu.

“Saya tidak tahu mengapa, tapi dia memang tidak pernah menerima sesiapa pun. Sebab itulah saya beri amaran kepada awak sebelum berfikir perkara yang bukan-bukan. Lupakan sajalah", sambung Taniguchi dengan nada serius.

Bukannya ada apa-apa pun untuk lupakannya.
Saya sendiri pun tidak berminat.

---
Disediakan dan disunting oleh: Aguri-Channel
Ciptaan Asal: Nagaru Tanigawa "
Suzumiya Haruhi no Yuutsu"
Gambar: Aguri-Channel

16 January 2008

SPIN-OFF... One-Shot Idea ...ka?!

Entah... hatiku berbelah bagi... samada nak jadikan watak cikgu skolah... bebudak scout... sifu kulinari... atau guru seni bela diri taekwondo... hohoho. Nak jadikan cerita lawak... cam tak best. Cintan-cintun... ah... jgn nak mengarut! Just kisah sorang gadis innocent? Ish... mana boleh! Hero pendekar di zaman silam? Gila pe... ini cerita zaman moden daa!

Ah! Sudahlahhh...! Simpan wat kenangan lagi bagus...

Cover One-Shot Future of Smiling Faces.
Akan Datang! Tak tau bila -bah.

01 January 2008

SALAMKU 2008

Arghhh...
...aku nak ucapkan... HAPPY NEW YEAR 2008... dan Selamat
Tinggal Tahun 2007... Jasamu Tetap Dikenang!

3 Budak Baek e-Card Tahun Baru 2008... sehari sebelum melangkah
ke tahun 2008... aku siapkan gak untuk tatapan korang.



Tu bukan muka sedih lerrr... tu muka orang sedang berfikir
pasal projek baek tahun 2008 nanti.