10 August 2009

Behind The Scene LOG BOOK: Heroic Trio Record

Setelah bertungkus-lumus menyediakan segala kertas kerja... bahan untuk presentation... mock-up terawal... dan memacam lagi demi mencari wang untuk kos penerbitan dan percetakan. Multimedia Development Centre atau MDeC telah memberi mandat kat pasukan duo aKO... aKO dan dan brader Gayour... akan BERUSAHA!! Menyiapkan projek kitorang sepantas yang boleh. Kitorang meletakkan nama kumpulan kitorang iLHAM STUDIO yang bakal menerbitkan komik suntikan tempatan terulung kitorang berjudul LOG BOOK: Heroic Trio Record.


Sekiranya korang berminat dengan projek gergasi kitorang ni... errr... dan berminat meng-order komik kitorang yang BEST terlampau. Nantikan kemunculannya... boleh?! Kitorang pun dah up kitorang punya laman web tak berapa nak rasmi di... http://ilhamstudio.puteranime.com

Diulang sekali lagi aaa... lawati laman web kitorang kat... http://ilhamstudio.puteranime.com untuk info terkini komik kitorang yang mampu memberi kegairahan mengamati jalan cerita melampau mendebarkan dan keunggulan karya ilustrasi melampau memukau mata korang kelak. Tak caya...?! Korang tunggu je bila dah keluar kat pasaran tempatan dan seluroh donia sejagat! Best giler-desu!

06 August 2009

Urghh! BLOG AKU!

Muahahaha... akhirnya terdedah gak blog aku yang taklah berkurun sangat pun... tidak dikemaskini sampai la disaat blog aku digebang-gebangkan dlm majalah g3. Seriously... ni pengakuan ikhlas ni aaa... aKO malas... HEHE! Keluar dalam majalah g3 isu 66 plak tu... cuba beli dan usha. Kalo korang tak mampu nak beli... takpe... niii... kat bawah ni aku dah ambik gambar foto majalah dan kat ruangan mana blog ntah pape aKO tu telah digebang-gebangkan tu...



Dalam ruangan berita g3@Newz... ada nampak ka... tuuu... gambar kat bawah tu. Memang betul la petikan ayat... "Blog Aguri yang dah kering idea nak sumbat apa". Ada idea... tapi kering gak... adehh...


Jadi... sempena majalah g3 isu kali ini bertemakan Hari Kebangsaan ke -52... aKO nak ambik kesempatan skali nak ucapkan... SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-52... 2009 kepada seluruh pembaca, pembeli, peminjam setia g3 terutamanya... yang layan habis ruangan sisipan majalah g3... BREK!

Akhir kata... kalo nak buka blog... komitmen kena ada. Jangan mcm aKO ni... HEHE! Kejap nak isi... kejap malas... kejap menyampah... dan lain-lain lagi jika ada.