24 December 2007

KARAS Serang Krismas?!

*AMARAN : Serius! Tidak Sesuai Untuk Tontonan Kanak-Kanak!
Klasifikasi tontonan... 18SG... 18SX... 18PL... apa lagi? Kalau U all degil... I hantam U!!
---
Ish... malasnya aku nak taip...
...aku copy paste je la ayat yg aku dah taip dulo-dulo :

Layan trailer la dulu. Layan... layan...



Aku bet... korang mungkin pernah tengok or at least... tahu pasal KARAS OVA -kan. Dulu layan episod 1 hingga 3... pastu... tunggu sampai setahun... dan-dan kuar episod 4 hingga 6 (final). Kebetulan lak tamat dekat2 nak Krismas... hahaha. Aku dah tengok dah sebulan yang lepas lagi. Mungkin korang pun dah tengok kot. So... aku maklumkan aje la kpd sesiapa yg dulunya pernah mengikuti siri KARAS ni... tetiba putus harapan nak follow lagi (...sbb lambat kuar). So... bergumbira la skrg! Korang telah diberi peluang menonton siri penamat encik KARAS... errr... itupun kalo dah ada la kat pasaran skrg ni... (-_-")


Bagi korang yg masih tak tahu atau teringin nak tengok KARAS ni... trailer yg kat atas tu adalah utk episod 4, 5 dan 6... meaning... sblom ni pernah kuar episod 1, 2 dan 3. Kalo korang beli DVD original (dilesenkan oleh Manga Entertainment) ...korang tengok muka depan cover bertulis... KARAS The Prophecy yg terdiri dari 3 episod awal... dan KARAS The Revelation utk 3 episod yg terakhir. So... ada 2 DVD ler yg perlu korang beli. So... kat bawah ni aku upload lerrr juga trailer KARAS utk episod 1, 2, 3...

video

Apa maksud KARAS aa...?
KARAS adalah perkataan bahasa Jepun yg bermaksud Gagak (...sejenis burung kaler hitam... -kannn). Kat Amerika nun... diorang gambarkan KARAS seperti versi Batman guna pedang samurai. Bleh bayangkan tak? Tau takpe. Kelawar... gagak... hohoho. OK then... akhir kata dari aku... Selamat Menonton-desu dan SELAMAT HARI KRISMAS!



23 December 2007

Semua Orang Boleh Memasak!?

Seblom aku teruskan menaip ni... aku nak ambik kesempatan dulu aa... utk mengucapkan... SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA/ KORBAN/ HAJI buat seluruh rakyat Malaysia yg beragama Islam... pada tarikh 20 Disember 2007 yg lalu.

OK... teruskan membaca...
Kulinari Hero 2008
Siri TV la pulakkk... har... har... har!



"Everyone Can Cook..." Semua Orang Boleh Memasak. Yup... tu la petikan dialog yg aku pinjam dari filem animasi Ratatouille (...camni sebutannya... rat-a-too-ee). Alaa... kisah sang tikus jadik chef kat Perancis tu. Tu la juga animasi 3d pertama yg pernah aku tengok bertemakan pasal masakan dan tukang masak. Err... maaf... korang pernah tengok tak? Takpe... takpe... kita abaikan je pasal tu kalo korang blom tengok OK. Yoshh... aku bukan nak cite pasal imej ilustrasi aku kat atas tu... huhuhu... hmm... tapi ada kaitan la juga dgn perkara yg aku nak taip ni... iaitu pasal tukang masak atau atau dlm sebutan high-class-nya... CHEF... hohoho.

Ratatouille

Pernah dengar Chinese Cuisine, Japanese Cuisine, Italian Food... France Food... perkataan tu membuktikan kat korang bahawa masakan diorang adalah first class in the world yg disediakan oleh chef-chef profesional. Kita kat Malaysia... siapa chef paling popular? Chef Wan -kannn. Mungkin ada di kalangan korang kurang berminat pasal tu barangkali. Bagi aku... dunia memasak ni begitu unik. YA! Aku suka menonton rancangan TV atau tayangan filem berkaitan memasak... well... itu bergantung la juga pada tahap BEST-nya. Kalo suasana persembahannya tak meriah, jalan cite hampeh dan TAK BEST... awal-awal lagi aku reject... SERIUS!

Cth... ada la sebuah drama Melayu ni cite pasal tu (tak perlu la aku sebut tajuknya... aku pun dah lupa) makaih... 90% kisah cintan-cintun, keluarga dan ntah ape-ape ntah... dan... 10% lagi tu... ada la skit memasak... tu pun cam hampeh gak. Itu drama bertemakan memasak ke... atau konflik sepasang kekasih yg mengada-ngada... MENYAMPAH!

Yakitate Japan

Tak bleh ke buat drama pasal memasak yg disuntik ngan babak yg mendebarkan lebih mencemaskan cam siri TV pertarungan memasak Iron Chef ke... siri animasi Jepun Yakitate Japan ke... ataupun kalo nak versi lawak pun... cam filem Stephen Chow... God Of Cookery. Haih... tak faham la aku apa masalah diorang sebenarnya (Duit...? I guess). Ah... sudah la... kita lupakan pasal tu.

OK la... semalam (22/12/07) ...aku baru je melayan siri drama Jepun adaptasi manga (komik) ciptaan Sekiya Tetsuji yg mengisahkan seorang budak tukang masak yg kononya dah terer memasak setelah bekerja part-time di sebuah restoran makanan Itali di Jepun. Kecik je kedainya. Ujian dia yg paling besar... apabila tuan punya kedai tu... chef lerrr... cadangkan kat budak tu pergi training kat sebuah restoran yg sama tapi lebih besar berbanding tempat dia bekerja. Tajuk dramanya berjudul... BAMBINO. Ni... screenshot-nya...

BAMBINO (2007)

Kawasan dapur umpama medan peperangan para tukang masaknya.
Camtu la juga dlm drama Bambino.


Kerja sebagai pelayan pun kenalah PRO gak.


Memula aku terbaca je tajuknya... I thought is about... budak bernama Bambino yg frust bercinta. Naluri aku suroh tengok pun... sbb pelakon utamanya pernah berlakon dlm siri drama *Jikembo Young Kindaichi (Penyiasat Remaja utk tajuk komik alihbahasa BM) musim ke-3. Disbbkan dia berlakon pun mmg best dlm drama *JYK... sooo... aku pun just try2 tengok. Rupa-rupanya tema drama feveret aku la plak... pasal memasak. So... aku baru je melayan sampai episod 4 (ketika aku taip ni).

Overall... BEST! Ketegangan, mencemaskan, mendebarkan, meriah, suka-duka kehidupan, komedi, semangat membara dan memacam lagi la. Semua situasi berlaku dlm satu pakej utk drama Jepun BAMBINO. Itulah siri drama yg aku nanti-nantikan selama ni. Korang nak cuba try tengok... cubalah. Hmm... rasanyer takde lagi kot DVD drama Bambino kat pasaran Malaysia sbb drama tu baru lagi. Kalo korang jumpa... bagitau la aku skali kat mana korang beli... OK. So... Selamat Menonton-desu.

Tengok dessert (makanan pencuci mulut) yg diorg bikin tu telah berjaya
membuatkan aku... laparrrrr...! Arrr... makang budok!



53rd Television Drama Academy Awards :
| 01. Best Actor - Matsumoto Jun | 02. Best Supporting Actor - Kitamura Kazuki |
| 03. Best Director | 04. Special Award |



---
Layan IRON CHEF Japan...

Sape2 yg follow rancangan realiti masakan Jepun kat TV Malaysia... korang pernah tengok tak sorang Iron Chef berjaya ditewaskan... pastu diganti ngan chef yg baru. Kalo korang blom tengok... tapi nak tengok gak. Klik pautan streaming video kat bawah ni...

Iron Chef - Battle Foie Gras
Part 1 [ Enter ]

Part 2 [ Enter ]
Part 3 [ Enter ]
Part 4 [ Enter ]
Part 5 [ Enter ]


SELAMAT MENONTON-desuwaa...!

17 December 2007

G-Threee... Melencong Ke Genting View Resort

Adalah pada suatu hari tu... a long long time ago... kompeni kitorang adakan kursus BEST gilerrr kat Genting View Resort bersama staf2 jabatan yg lain (selain kitorang). Ianya juga adalah pengalaman pertama aku melihat sendiri ragam dan gelagat kumpulan kartunis2 g3 secara berkumpulan yg kecoh amat. Dlm ofis... kontrol gegila... yelah opis -kannn... penampilan diri is top priority. Kat luar ofis... makaih... cenggitu perangai diorang sebenarnya. Hmm... komen aku pasal kursus tu... hmm... yup... menarik dan happening giler. Menurut kata encik Zain pun... kumpulan kursus kitorang ni la yg antara ceria skali dan sporting habis. Tak tau la aku kalo encik Zain tipu ke idak... yg penting team kitorang seperti yg digambarkan. Tak caya... tanya brader Gayour. So... apa kata Gayour, "...ah! tipu!". Dengki la tuuu...


"Pada pendapatan ako... team ni BEST la...", kata brader Hj. YO dgn nada intonasi yg serius.
Brader Hj. YO berdiri di sebelah logo kebanggaan team M. ZAIN.


Aku dlm team paling POWER... hohoho... nama team aku M. ZAIN yang dipimpin oleh uncle Aan Budak Baik. Team Stone Cold pimpinan brader Gayour dan team Geli Mat pimpinan mr. Apai merupakan team alaaa... hai... lemahhh siottt... yg telah memberi saingan yg tak seberapa nak hebat kat team kitorang. Keputusannya... kitorang tetap gah dgn barisan ahli-ahli yg berkaliber lagi bijaksana. Antara kejayaan kitorang mengatasi 2 team lain yg ntah pape ntah tu...

1. Team feveret Mr. Zain dan rakan-rakan (fasilitator kursus)

2. Pemenang dan pasukan paling perkasa dalam acara perang belon air dgn mengalahkan 2 pasukan lain yg dah blur sbb tak reti jaga kubu masing2... a.k.a syok sendiri... hahaha.

3. Team pertama dan terakhir diberi penghormatan mengadakan persembahan konsert gergasi pada mlm terakhir kursus.

4. Sopan, berhemah tinggi dan berkarisma menjadi nadi kegemilangan team M. ZAIN yg sering menjadi sebutan dan juga puji-pujian berunsur bodek di kalangan ahli-ahli team pesaing.

5. Sebuah team yg berjaya menjadi idola dan kegilaan ramai peserta-peserta kursus selepas kitorang yg bakal dimotivasikan pada masa akan datang kelak.


Lagi...
Gayour, "...fuyooo!! Best la kumpulan ko Aguri... meh la join team Stone Cold plak.
Santai dan Ceria gitu...". Ah! Tak nak aKO!


Propaganda 3 team leader. Mr. Apai wat pakatan jahat ngan ketua
kitorang... si Aan.
Konon2 nak hentam team Gayour katanya. Disebabkan Aan
berhati mulia... so... dia pun gi pakat ngan
brader Gayour plak utk
kenakan team Apai... hohoho.



Walopun 3 team ini sering bertelagah antara satu sama lain... kitorang tetap
bersatu dan berpegang
pada slogan... "Jangan Pandang Belakang, Rempit Jer".
Aku dan 4 rakan lain sedang memasang projek
juta-juta cari gali minyak.


Hari terakhir bersama peserta2 yg lain. Time kursus dah habis.
Sambung balik kerja dateline aku yg tinggal sehari. Adeh... seronok kejap
je... tekanan perasaan plak dtg balik
.


Begitulah alkisahnya kumpulan kartunis g3 yg sempat aku laporkan dlm blog aku ni. Berjumpa lagi kiterrr... di hari dan waktu yg sama. Aku... Nas-Aguri melaporkan dari bilik berita cawangan Kampung Balun, Perak untuk saluran Aguri Channel. Zasss...!!


"May The Force Be With You" ("-_-)

16 December 2007

Ko Minat Pengakap Ke?

Soalan... "ko minat pengakap ke?" nak kata minat... hmm... cuba try tanya brader Gayour... apasal dia suka buat kartun ada elemen rock dlm karya beliau. Korang tengok la kartun Mat Rock Cintan (majalah g3) ...sama ROCK mcm brader Gayour gak -kan. Mungkin jawapan yg bakal brader Gayour akan jawab mesti sama alasannya dgn aku... hmm... of course laaa... pendekatan aku dgn brader mestilah berbeza... tak la 100% sama. Menjawab persoalan tu kengkadang meletihkan juga utk aku explain one by one.

3 Budak Baek Inc. versi terawal ni. Masa memula aku tayang work ni kat teman
sekerja... kecoh giler... macam ala-ala kejutan budaya gitu.


Marah? Eh! Tak... aku tak marah... serius... tak marah la... polis pun tak marah -kannn. Aku suka teramat... cuma... aku agak janggal skit sbb perlu ulang2 cakap perkara yg sama... itu je. Contoh la... tiap kali aku gi curi tulang (melepak lerrr... bukan pegi mencuri tulang ikan... ish!) hohoho... mesti ditanya "ko minat pengakap ke?". Akceli aa... aku sikit bangga la juga sbb masih ada orang perasan kewujudan karya 3 Budak Baek yg seriously... takde la BEST sangat pun... dan sbg menghargai jasa baek diorang... at least aku jawab gak pertanyaan tu dgn seikhlas hati.

Tahun terakhir zaman kegemilangan aku bersama diorang
sebelum melanjutkan pelajaran kat UiTM Shah Alam dlm. tahun 1999.



Sebelum meneruskan hujah-hujah aku... terlebih dahulu aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada sesape je yg kirim mesej peribadi dan juga email bertanyakan isu yg dibangkitkan... rasanyer korang dah dapat kot jawapannya... dan... tidak dilupakan juga kpd rakan-rakan sekerja yg masih sudi bertanya aku pasal tu... walopun pada hakikatnya korang sebenarnya takde idea -kannn nak berbual ngan aku... sbb tu terpiki idea nak mulakan topik pasal tu... HAHAHA... maaf... maaf... aku bergurau je... joking-joking oneli laaa.... OK... peace.

OK la... masa tu... *imbas kembali* tetiba aku dihampiri bos... terus dia ckp kat aku cenggini tau... "makaihhhhh... lawa giler lukisan koooo... fuyohhh... best siottt...!!" (ok la... ok la... memula bos wat muka ceria dulu... pastu...) "ko bikin 1 page loose boleh!" (tetiba plak muka ceria bos bertukar jadik serius... pergh!). Demi berkhidmat utk sidang editorial... aku hentam buat dulu... dlm otak aku terfikir pasal pengakap je sbb aku pernah cite pasal idea aku ni kat brader Hj. YO (pangkat HAJI tau!) yg aku konon2 nak bikin ilustrasi bergambar pasal detik2 menceriakan ketika zaman aktif berpengakap aku bersama rakan2 seperjuangan yg bakal ditulis oleh adik aku sendiri.

Manusia dlm foto kat belah kiri skali tu... tu bukan geng kitorang aa... dia tu musuh
paling mengerunkan... tetiba lak wat lawatan tidak rasmi ke skolah kitorang.


Kenapa Pengakap?
TAK LOGIK utk aku katakan... kalo aku la satu-satunya staf dlm jabatan editorial aku yg pernah join persatuan pengakap suatu ketika dulu. Seriously... setakat ni yg aku tahu... maksud aku kartunis yg sudi menceritakan pengalaman diorang seperti brader Gayour dan juga sorang manusia yg perasan baik... iaitu Aan Budak Baik... HUHU... jgn marah Aan... gurau je. Thanks both of u... at least ada gak yg sudi kongsikan ngan aku walopun dah tak aktif sejak2 dah berkerjaya tetap ni. Masa diorang cite tu... aku agak teruja juga la pabila mendengar kisah pengalaman diorang... yg paling best... brader Gayour. Tak caya meh?! Silalah bercerita dgn beliau.

Berbanding diorang... aku berpengakap sejak dibangku skolah lagi... aku dah obses pasal persatuan unik tu sejak dari darjah 5 hinggalah tamat tingkatan 6. Obses tu bukan maksud aku... join sbb best je (konon2 bleh ngurat awek la tu... cis... tu semua tahyul la... karut!). Tapi... aku nak jadik sorang Best Of The Best di kalangan diorang. Aktif giler masa tu tau... aku studi pasal selok-belok berpengakap la... jadi ahli majlis tingkap la... projek itu... projek ini... proposal itu... proposal ini... camping itu... camping ini... la. Korang jgn sangka aktif tu maknanya aku telah lalai dgn pendidikan aa... aktif2 pun... still sambung belajar kat universiti juga apa... dulu exam score terus dapat duit free dari PIBG skolah... pengetua lak asyik cakap I dun believe it pasal aku bleh score... HUH!

Foto kiri... aku berjaya meracun pemikiran sorang budak form 6 join
team aku
. Foto kanan... aku bersama cikgu feveret kitorang. Dulu insignia kaler merah...
pastu... tuka insignia kaler biru la pulak.



Pastu... ketika aku melanjutkan pelajaran ke UiTM... persatuan tu tak wujud pun kat sana... senang ckp... takde lerrr... so... semangat aku untuk berpengakap terpaksalah dilupakan saja... gaaa... *tergamang seketika*. Setelah 4 tahun belajar dan selebihnya bekerja mencari rezeki... setiap kali aku buka album memori cinta luka aku tu... teringat balik kenangan manis suasana suka duka... kelakar tahap kurang ajar pun ada gak... dan juga ceria gumbira ketika bersama diorang.

Sempat juga aku join perkhemahan Pengakap peringkat bahagian utk kali terakhir...
...pastu... bye-bye kengkawan. UiTM memanggil aku!


Sooo... ikutkan hati... aku cadang memula nak bikin buku novel grafik la kononnya... ala-ala biografi la katakan. Dan-dan la plak aku bikin kartun pasal tu utk g3. Takpe la... alang-alang aku dah tahu pasal tu... lebih baik aku teruskan dari bawah dulu dan senang utk aku bikin. Lagi satu... aku suka karakter pakai uniform ni... mungkin itulah juga antara faktor aku wujudkan 3 Budak Baek sbg pilihan tema aku. Best tak best... belakang cerita... -kan.

Adakah itu sebab minat? TAK la... mungkin naluri je kot (^_^")
OK then... itu je la coretan utk hari ni... jya-ne!

12 December 2007

Ucapan Salam... Pembuka Kata!

Salam buat semua pengunjung... tak kiralah yg muda... tua... remaja tua... yang tak sedar diri tu dah tua... pompuan... lelaki... extroversion atau introversion dan juga kanak-kanak riang ribena. Dengan terbangunnya blog yang BEST ini diharap dapatlah kiranya kite merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan bergelar orang... errr... orang utan tu tolak tepi aa~!!

Kali pertama gambo foto aku sedang meng-interbiu Mr. Tazidi dirakamkan... selama ni...
...aku la tukang ambik foto... aku la juga tukang interbiu kartunis.
Foto ehsan brader Gayour <-- siap bold lagi nama brader sbg tanda terima kasih.



Laman web blogspot bukan sesuatu yg baru bagi aku... dulu aku pernah buka beberapa blog... sayangnya komitmen aku utk mengemaskini kandungannya agak tidak... hmm... maybe juga langsung tidak memuaskan. Sebenarnya aku lebih prefer berkomuniti dalam laman web berbentuk forum. Namun... jauh di sudut hati aku... perasaan utk kembali aktif dalam blogspot tetiba je berkobar-kobar sejak membaca kandungan blog kepunyaan 2 insan otai dlm sidang editorial majalah g3... iaitu brader Gayour dan abe Niezam.

So... kandungan blog aku ni mungkin lebih memperbanyakkan LIFE atau suasana ditempat kerja aku bersama team g3. Macam-macam pancaroba, gelak tawa riang dan kecoh-kecoh seringkali berlaku dlm pejabat kitorang. Ada yg kelakar tak bertempat dan ada juga yg buang tebiat. Aku piki... suasana tempat keje aku mmg happening giler... terasa teringin nak kongsi bersama dgn pengunjung blog aku yg BEST ini terutamanya pembaca setia yg meminati kartun-kartun diorang dlm majalah g3.

3 BUDAK BAeK Inc. Terima kasih kpd brader Adan, Kobis Bunga, YO, Jamb, Gayour
kerana sudi memberi sedikit tunjuk ajar dalam bab-bab berkarya ni. Tidak lupa juga kepada cik Ely

sbb sudi kalerkan kartun utk aku... dgn ucapan... "sampai hati ko berenti keje ngan kitorang!"


Hmm... tak semestinya aku nak cite pasal diorang -kann... skit-skit tu... aku selitkan la skali something-something info ke, kisah lampau, artikel, penulisan berilmiah dan memacam lagi la kat sini. Tak pun... kongsi hobi aku. Oh... ya... akceli aa~ hobi aku sebenarnya menonton animasi... tak kiralah Japanese ka... Korean ka... USA ka... France ka... Chinese ka... kalo jalan cite BEST... sureee~ aku layan baek punya. Mostly Japanese animation a.k.a ah-ni-may (anime) ...sbb diorang terbitkan animasi lebih banyak berbanding negara lain. Game online pun layan gak... aku prefer Ragnarok Online.

Sebenarnya... aku nak buka blog aku ni dgn rasminya pada Tahun Baru 2008. Hmm... memandangkan brader Gayour dah membising pasal blog aku yg masih lagi kosong. So... aku nekad la juga taip apa-apa yg patut dlm ni la! Oleh itu... SELAMAT DATANG... SELAMAT TAHUN BARU 2008 dan SELAMAT MEMBACA-desu!