06 February 2008

HAPPY CHINESE NEW YEAR 2008

Tahun Baru Cina ni -kan... dlm kepala otak korang... korang mesti terpiki.... limau mandarin, angpow, tarian singa, bunyi mercun (jika ada lerrr... ), jeruk kering, biskut kacang, kuaci, filem cina kuar kat TV, taukeh kedai tutup... errr... apa lagi eh? Ah... lantak la!



Warghhh... cuti 4 hari! Kebetulan plak dateline dah lepas... bleh la kitorang kat opis tenang-tenangkan fikiran kitorang. So... dikesempatan ini... aku nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU CINA dalam tahun 2008 ini kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya kpd pembaca2 setia majalah g3. Tak kira la korang sesiapa pun yg sambut perayaan ni... janji kita sama-sama memeriahkannya sama seperti perayaan lain yg disambut oleh seluruh rakyat Malaysia. OK!

3 comments:

Jonjenin said...

hai nas...
terlanjur masuk blog ko ni aku nak ucapkan tahniah lah..memang terhibur n best... Nas aku nak tanya pendapat ko mengenai apa yang orang selalu cakap pasal kartun Malaysia.

ini ada satu petikan artikel dari Dato Lat mengenai senario ini-
Kartunis terkemuka, Datuk Mohd. Nor Khalid berkata, seni kartun di negara ini perlu menampilkan imej Malaysia yang sesuai dengan latar ekonomi, sosial, politik, agama dan budaya masyarakatnya.

Malah ia merupakan tanggungjawab kartunis untuk mengetengahkan sesuatu yang bersifat setempat dan tidak terlalu terikut-ikut seni kartun luar negara.

Beliau memberitahu, seorang kartunis juga seperti seniman lain perlu sensitif dan bersifat kritis terhadap persekitaran, isu dan pergolakan dalam masyarakatnya.

Jelasnya, terdapat kecenderungan sesetengah kartunis atau majalah kartun yang terikut-ikut cara bercerita komik dari Jepun atau Taiwan.

``Kartun-kartun yang disiarkan di akhbar kebiasaannya mengambil isu-isu semasa. Bagaimana banyak kartun di majalah yang dipengaruhi oleh gaya bercerita dari Jepun dan Taiwan.

``Ini tidak mencerminkan suasana sebenar dalam negara,''

so ko sebagai sebahagian kartunis Malaysia mungkin ada pendapat peribadi mengenai perkara ini kan...sebab kartun ko pun ada pengaruh sana gak rasanyer...jangan marah ye..sekadar bertanya jer.

Nas-Aguri said...

Hohoho... akceli aku bukan kartunis.

Apa yg Dato Lat kata tu mmg betul. Sebelom ada orang tersasar dari pengertiannya... aku ulang skali lagilah... beliau tidak bermaksudkan dari sudut bagaimana cara kita lukis atau org Malaysia cakap... stroke (lakaran) lukisan. Tapi dari sudut bagaimana atau mcm mana kita nak ketengahkan sebuah latar "cerita" dan "tema" yang berkonsep budaya dan sosial masyarakat kita.

Kalo disbbkan "kecederungan" ...ianya istilah yg tak patut digunakan. Kebanyakkan org buat mcm tu sbb diorg ada perasaan minat atau suka dgn gaya mcm tu melalui pembacaan... bukan cenderung. Kenal Eiichiro Oda yg buat One Piece. Dia ada katakan dia suka jalan cerita Dragon Ball (Akira Toriyama) ...nanti aku kirimkan interbiu tu kat sini... jadi, dia cuba cipta base on pembacaanya sbb dia minat gegila dgn karya Toriayama. Itu kalo di kalangan artis manga Jepun. Kalo Malaysia? Sama la kesnya -kan. Melukis sbb suka karya mcm tu... bukan terpaksa lukis mcm tu.

Kalau dalam kes aku... rekaan karakter base on Jepun manga style tapi memilih senario budaya setempat masyarakat Malaysia sbg tema. Disebabkan stroke tu kelihatan mcm manga style... org mula katakan itu konon2 akan menceritakan budaya kat sana. Pernah baca karya kartunis String berjudul Gerhana dlm majalah g3 dan lain2 karyanya. Bagi aku, dia berjaya tampilkan sesuatu seperti yg aku bayangkan. Pernah tengok gambar klip animasi Mann Spider? Cuba tengok... jgn terkejut aa... hehehe.

Seperkara lagi. Aku hairanlah... kenapa stroke Jepun manga sering diperkotak-katikkan di kalangan kartunis terutamanya yg baru (darah muda kot... hahaha). American style boleh plak. Diorang dah lupa ke atau mmg tak tahu... atau tidak bleh terima hakikat yg kebanyakkan kartunis kita dahulunya dipengaruhhi gaya stroke kartun dari barat/Amerika.

Jamb pengaruh gaya Dave Cooper, Ai pun sama... Aza pula Aragones... bagaimana dgn Aie, Ujang atau Asan. Gayour dgn elemen rock atau elemen superhero LOBO. Padi pulak? Cuba usha g3. Tapi diorang tetap berjaya tampilkan sesuatu yg ke-Malaysia-an melalui tema cerita yg diorang ketengahkan. Begitu juga pelukis aliran Jepun style... mmg bleh ikut gaya lukisan diorg... tapi kita cuba pula ubah cara ianya ditampilkan. Pelukis aliran manga di Amerika berjaya buat mcm tu tau.

Oleh itu... isu terikut-ikut dgn stoke Japan style... American style atau Malaysia style sepatutnya bukan jadi halangan utk kita berkarya. Selagi ada org suka... selagi tu la kita mesti teruskan. Sbb semua org percaya... setiap apa kita buat... mesti ada pengikutnya. Kalau pun tak ramai... janji ada yg menghargainya. Bukan berfikir sesuatu yg tak relevan dan mengikut perasaan.

Kalau aku boleh terima semua jenis seni karya dari artis/pelukis Malysia yg wujud kat Malaysia ni... tanpa mengira bagaimana ianya dipersembahkan... kenapa tidak korang.


p.s:
Aku suka lakaran gaya kartun Nuds (Gila-Gila)yg dulu-dulu tu. Sbb kemas dan tak berserabut.

Jonjenin said...

thanks atas ulasan dan penerangan ko yang aku rasa cukup jelas bagi memberitahu pendapat ko mengenai persoalan aku sebelum ini. hihiii..

lain padang lain belalang
lain orang lain ragamnya..
iye tak??