Sesi temubual penerbit bersama Akira Toriyama (Dragon Ball) dan Eiichiro Oda (One Piece) dalam buku koleksi ilustrasi
ONE PIECE ARTBOOK - COLOR WALK 1:
Jom kita mulakan. Apa pendapat Oda tentang Toriyama?Oda : Pendapat aku, Toriyama-sensei adalah dewa dari dimensi yang berbeza. Dia sememangnya seorang pelukis yang begitu handal melukis!
Toriyama : Haha... aku rasa janggal la dengan kedudukan itu.
Oda : Serius aku katakan, aku tak pernah baca manga (komik) Arale-chan (Dr. Slump). Yang membuatkan aku minat dengan manga Toriyama-sensei adalah sejak terbaca Dragon Ball jilid ke-2. Aku tak ingat bila, tapi itulah kali pertama aku jatuh cinta pandang pertama. Walaupun ketika itu aku sukakan karakter Disney. Tapi setelah berfikir panjang. Aku merasakan ianya lebih baik dari Disney. Ingat lagi tak karakter Ranfan dalam pertarungan Tenkaichi Budokai (Kejohanan Seni Bela Diri) ke-21?
Toriyama : Ya, dia ada dalam tu!
Oda : Aku rasa macam pelik pula kalau awak masih ingat lagi. Aku ingatkan awak dah lupa beberapa karakter yang bagus itu... HAHA. Ingat lagi -kan selepas Ranfan tanggalkan bajunya? Bahagian ketiak Ranfan ketika babak itu... dilukis dengan begitu kemas sekali. Aku merasakan awaklah orang pertama yang aku kenal telah melukis bahagian ketiak itu dengan kemas. Sejak dari itu, aku rajin melukis bahagian ketiak dan begitu juga dengan tangan Taopaipai.
Toriyama : Taopaipai? Awak ni memang suka dengan karakter-karakter yang kurang penting.
Oda : Ish!? Taopaipai itu juga karakter yang penting!
Toriyama : Lelaki yang berambut tocang tu?
Oda : Ya... ya. Seorang pembunuh upahan. Lelaki yang menerbangkan sebatang tiang ke langit dan berdiri di atasnya sebagai kenderaan.
Toriyama : Oh yelah... aku ada lukis yang itu.
Oda : Setiap kali tangannya ditunjukkan. Ianya dilukis dengan begitu sempurna. Sebab itulah aku suka melukis tangan. Dua benda penting yang membuatkan aku teruja dalam Dragon Ball ialah ketiak dan tangan.
Toriyama : Tapi, dalam Dragon Ball ada banyak karakter yang berotot besar. Aku rasa macam satu kerugian sebab tak mengkaji bentuk model otot awal-awal. Sampai sekarang pun aku masih tidak praktikkannya lagi.
Oda : Toriyama-sensei, cara awak mencipta karakter yang bersaiz besar itu sudah cukup menakjubkan! Aku sendiri adalah pembaca manga Kinnikuman dan sebab itulah aku merasakan ianya mengagumkan... HAHA.
Toriyama : Sebenarnya, aku terlalu banyak berfikir bagaimana otot itu patut dilukis. Sebab itulah, kalau awak tengok ianya seperti otot yang sebenar, rasanya ia kurang tepat.
Oda : Oh tidak... tidak, ianya cukup sempurna. Sensei, sedangkan karakter perempuan yang awak lukis itu juga kelihatan berotot dan bagi aku ianya nampak lebih seksi.
Toriyama : Sebenarnya aku tak pandai melukis karakter perempuan... HAHA.
Oda : Oh ya... Toriyama-sensei, ilustrasi mecha awak pun sungguh mengagumkan.
Toriyama : Kebanyakkan ilustrasi mecha hanya rekaan semata-mata. Tapi -kan, rekaan asal datangnya dari kepala otak aku dan otak itulah akan menentukan bagaimana ianya akan terbentuk dengan sendiri. Misalnya dimanakah tangki minyak itu patut dipasangkan.
Oda : Sebab itulah aku katakan ianya mengagumkan. Jarang sekali dapat terfikirkan idea macam tu. Aku sendiri pun langsung tidak tahu-menahu pasal mesin. Sebab itulah aku tidak mahir melukisnya.
Toriyama : Kalau ikutkan logik, kesemuanya itu adalah palsu. Tapi -kan, untuk memikirkan rekabentuk mecha yang pelik. Aku masih memikirkan sesuatu mengenainya seperti bagaimana aku boleh memandu benda itu dan bermacam-macam lagi yang perlu aku fikirkan.
Oda : Memang betul, rekabentuk mecha tidak semestinya boleh digunakan seperti di dunia sebenar.
Toriyama : Kalau awak nak tahu, melukis untuk lukisan ilustrasi aku tak kisah sangat. Tapi kalau untuk lukisan manga dan terpaksa pula melukisnya beberapa kali. Ia akan jadi satu penyeksaan. Kalau aku dah terlampau banyak sangat melukis sesuatu, kejap lagi ianya pasti membuatkan aku tertekan.
Oda : Betul tu. Bermacam perkara yang perlu difikirkan lebih-lebih lagi kalau banyak babak yang bergerak. Ianya mengingatkan aku pada krew Pilaf yang telah memandu beberapa mecha yang boleh bergabung.
Toriyama : Err...?
Oda : Memang ada la. Aku begitu teruja melihat 3 mecha itu bergabung menjadi satu! (...gambar bawah). Masa tu aku rasa begitu kagum sekali dan kalau 2 mecha itu bergabung, ianya kelihatan seperti bentuk burung unta.
Toriyama : Oh? Adakah ianya sebuah pengangkutan?
Oda : Ya.
Toriyama : Robot?
Oda : Ya.
Toriyama : Oh! Mungkin aku pernah lukis rupa macam tu kot.
Oda : Malah, awak sempat terfikirkan cara ia berubah.
Toriyama : Aku terfikirkan macam tu sekali ke?
Oda : Yalah, awak memang terfikirkan sampai macam tu sekali... HAHA.
---------------------------------------------
Dalam banyak-banyak ilustrasi yang kamu ingat, yang manakah menjadi kegemaran kamu?Toriyama : Ilustrasi kegemaran aku...
Oda : Aku tahu. Mungkin Toriyama-sensei sudah lupa kot... tapi aku masih ingat pasal komen Toriyama tentang perkara itu.
Toriyama : Yakah?
Oda : Awak pernah sebut sesuatu pasal tu dalam satu sesi temubual (Temubual dalam buku Daizenshyuu 1).
Toriyama : Yang ini? (gambar bawah... bhg. kiri)
Oda : Yang itu la... HAHA. Awak kata itulah satu-satunya yang paling awak suka. Aku ada juga terfikir, kenapa yang itu, bagaimana pula yang lainnya?
Toriyama : Betul tu, aku pernah kata, inilah lukisan yang aku suka! Tapi, bila aku tengok sekarang sekali lagi, aku mula rasa hairanlah kenapa aku pilih yang ini.
Oda : ...HAHA.
Toriyama : Mungkin aku suka sebab warna latarbelakang hijau kekuningan itu membuatkanya begitu cantik kot?
Oda : Dalam komen awak dulu tu, awak kata, awak sukakan keseimbangan rekaletak mecha secara keseluruhannya.
Toriyama : Mungkin pada masa tu aku cuma bayangkan ianya adalah gabungan yang menarik kot?
Oda : Kalaulah pelukis asalnya tidak tahu, sesiapa pun takkan tahu barangkali... HAHA.
Toriyama : Bagaimana dengan awak pula, Oda-kun?
Oda : Yang jadi kegemaran aku... mestilah yang itu. Poster besar yang aku lukis untuk majalah Jump dan pertama kali aku lukis 5 watak bersama. Dalam tu ada ilustrasi Luffy dan kawan-kawannya berdiri di atas beruang kutub. Aku lukis ilustrasi itu, punyalah besar.
Toriyama : Adakah awak lukisnya seperti saiz yang sebenar!?
Oda : Aku cuba lukiskan mengikut saiz seperti yang sebenar. Aku lekatkan dua keping kertas bersama dan melukisnya.
Toriyama : Awak gabungkan dua kertas sekali!?
Oda : Mulanya, aku cuba lukis pada beberapa keping kertas yang dicantumkan. Kemudian baru aku perasan yang aku sepatutya lukis pada kertas bersaiz A3.
Toriyama : Wah, awak memang serius pasal tu... HAHA. Biasa la tu -kan, mungkin masa tu awak belum mahir melukis manga kot.
Oda : HAHA... mungkin awak pun tak tahu.
Toriyama : Dulu, aku pernah melukis bunyi efek seperti BOOM guna pembaris... HAHA.
---------------------------------------------
Oda-sensei, yang mana satu ilustrasi Toriyama-sensei yang awak rasakan ianya terbaik? Oda : Salah satu yang menjadi kegemaran aku. Aku suka ilustrasi kulit muka depan jilid 2. Ianya memiliki warna-warna semulajadi dan kelihatan menarik.
Toriyama : Yang ini (gambar bawah...), aku lukis guna kertas berwarna. Aku pernah kata yang aku rasa tak larat melukis atas kertas putih sebab ianya adalah salah satu dari 5 muka surat berwarna untuk seminggu.
Oda : Gila apa! Lima muka surat berwarna seminggu?
Toriyama : Aku dipaksa menyiapkannya oleh Torishima-san! Dia selalu suruh buat sesuatu yang diluar jangkaan!! ...HAHA.
Oda : 2 pun aku dah tak cukup tangan dah.
Toriyama : Kenapa kau suka yang ini?
Oda : Ianya semacam ada satu pergerakan dan tampak kelihatan tenang. Aku fikir, itulah antara sebab aku sukakannya. Secara keseluruhan, suasana ilustrasi nampak lebih kool.
---------------------------------------------
Awak berdua sudah lama melukis ilustrasi. Tapi, ada tak karya yang kamu fikirkan ianya agak leceh untuk disiapkan?Toriyama : Hmm... pada pendapat aku, melukis kenderaan atau kereta kebal yang wujud dalam dunia sebenar adalah paling payah untuk dilukis. Sebab kita tak boleh ubah rekaannya sesuka hati. Kalau aku rasa macam malas nak fikirkan rekaan yang baru. Aku terpaksa rujuk contoh benda yang wujud di dunia ini dan secara tidak langsung, lagi bertambah leceh.
Oda : Sebab itu aku berpendapat, mereka-mereka yang melukis siri tentang dunia sebenar tentu merasakan ianya agak sukar sekali.
Toriyama : Aku pun fikir macam tu. Ilustrasi yang macam ini memang gilalah (gambar bawah...). Sebab, motorsikal ini memang wujud dalam dunia sebenar. Ianya bukan sesuatu yang bagus untuk melukis benda-benda yang dah wujud.
Oda : Takdelah teruk sangat pun... HAHA.
Toriyama : Oda-kun, apa benda yang awak fikir leceh nak buat?
Oda : Aku fikir, aku hanya lebih suka semuanya kalau segala lukisan aku itu siap dilukis. Seronok juga melukis ilustrasi ni. Itu pun bergantung pada tempoh dateline untuk aku melukis dan setiap kali pihak editorial membawanya pergi. Aku terasa macam tak ingin ianya pergi dulu!
Toriyama : Beruntung awak! Itulah bezanya antara awak dengan aku. Kalau itulah yang berlaku pada aku, aku pasti ianya juga menyeronokkan.
---------------------------------------------
Kita bercerita pula pasal karakter. Boleh beritahu kami karakter yang disukai dalam manga kamu?Toriyama : Sudah tentulah aku sukakan karakter Picolo (...gambar bawah, kanan). Dialah karakter pertama dalam manga aku yang aku suka. Mukanya nampak menakutkan tapi dengan gaya lebih kool. Ianya kelihatan klise kalau secara tiba-tiba orang jahat berubah jadi orang baik. Tapi ianya tetap menarik untuk dilukis.
Oda : Betul tu. Malah boleh membuatkan para pembaca gembira. Ada sebahagian dalam diri awak mesti akan rasa gembira walaupun awak dah tahu perkara itu bakal berlaku.
Toriyama : Ya, ya. Oda-kun, yang mana satu karakter manga yang awak suka?
Oda : Aku? Tentulah aku suka Luffy. Tapi... ada karakter yang aku masih suka... Gaimon (...gambar atas, kiri). Aku tak terfikir siapa lagi yang lebih bagus selain dia. Dia hanyalah seorang lelaki yang tersepit dalam kotak harta karun selama 20 tahun. Aku fikir ianya cukup unik untuk aku.
Toriyama : Mulanya, macam mana awak boleh fikirkan yang dia jadi macam tu?
Oda : Sepatutnya dia tersepit dalam tong. Tapi, aku takde idea macam mana ianya akan berevolusi... HAHA.
Torimaya : Ya... aku faham perkara yang awak maksudkan itu.
Oda : Karakter dicipta berdasarkan apa yang aku fikirkan, misalnya karakter ini akan katakan sesuatu yang begitu-begini.
Toriyama : Aku faham... aku faham. Cara kita lakukan mungkin berbeza tapi bagaimana kita bayangkannya itu memang sama.
Oda : Betul ke!? Senang hati aku mendengarnya.
Toriyama : Ini bermakna, segala kreativiti yang membuatkan pembaca gembira itu datang dengan sendiri atau awak cuma ingin membodek pembaca?
Oda : Kedua-duanya.
Toriyama : Contohlah, awak rancang melukis sesuatu yang sudah tersasar dari garis panduan. Adakah ia akan berubah pada pertengahannya.
Oda : Mungkin juga. Tapi, aku tetap percaya yang pembaca mesti gembira dengan apa yang mereka baca.
Toriyama : Betul juga. Awak pun sependapat dengan aku pasal tu.
Oda : Sejak aku kecil lagi, aku dah nekad ingin menjadi seorang artis manga. Jadi, kalau aku ditakdirkan menjadi seorang pelukis manga, seperkara yang akan aku lukis adalah berdasarkan dari pembacaan harian aku. Dalam otak aku, masih ada banyak idea yang aku simpan dan kebanyakkannya adalah dari pengalaman membaca. Ianya sudah menjadi sebahagian cara pemikiran aku untuk melukis sesuatu yang boleh mengembirakan para pembaca. Namun, bagaimana cara aku berfikir sekarang mungkin berbeza dengan pemahaman sebagai seorang budak ketika tu. Tapi, setiap kali aku melukis, terlintas dalam fikiran aku memikirkan apakah yang boleh membuatkan aku gembira ketika aku masih muda.
Toriyama : Ianya sungguh bermakna. Bagaimana cara awak cuba kembali menjadi seorang pembaca muda dengan sengaja.
Oda : Ya. Sebab itulah aku tak boleh nak ikutkan sangat cakap orang lain yang cadang aku buat macam itu dan ini. Tapi, kalau aku cuba fikirkan sesuatu yang akan mengembirakan aku membacanya seperti ketika aku masih budak. Aku pasti rasa lebih bangga dengan karya yang ingin aku tunjukkan.
---------------------------------------------
Apa yang awak fikirkan ketika mula-mula mencipta Luffy? Oda : Sifat kejantanan. Dragon Ball pernah tunjukkan semua itu yang akan membuatkan budak-budak begitu gembira dengannya. Jadi, aku guna cara itu sebagai panduan untuk memulakannya.
Toriyama : Awak berjaya membuatkan peminat awak membaca siri pengembaraan seperti itu. Ianya bukan perkara mudah untuk hasilkan cerita dengan formula macam tu. Perasaan menjadi seorang lelaki terhebat dunia memang menarik.
Oda : Sudah tentulah. Ramai orang rasa segan menjadi seorang lelaki sejati. Kesudahannya aku tetap fikirkan yang mereka tetap akan suka.
Toriyama : Aku pun sependapat. Aku juga mulanya merasakan ianya sungguh tipikal setiap kali aku melukis.
Oda : Tapi, itu pun kalau pembaca suka dengannya.
Toriyama : Awak tetap berkesudahan dengan melukisnya juga -kan.
---------------------------------------------
Sebagai penutup, ada tak kata-kata semangat yang ingin diucapkan daripada kamu berdua?Oda : Toriyama-sensei, buatlah apa-apa yang patut yang awak rasakan perlu. Walau apa pun yang awak buat, aku tetap akan rasa gembira selagi awak masih terus berkarya. Tapi -kan, aku pasti, kalau pihak editorial mesti akan kata macam ni... lukiskan sebuah cerita... HAHA.
Toriyama : Aku mengharapkan awak boleh terus berkarya mengikut aliran yang awak pilih. Tiada lagi kata-kata yang ingin aku ucapkan sebab anak aku pun sangat suka dengan manga One Piece. Aku juga sudah membacanya dan aku juga mula faham kenapa semua orang sangat suka tentang One Piece. Oleh itu teruskan lagi berusaha mulai sekarang.
----------------------------------------------------------------
TRIBUTE TO AKIRA TORIYAMA
Artikel kat bawah ni ada beberapa teks luahan perasaan diorang pasal Akira Toriyama yang menjadikanya sebagai pencetus sumber ilham dan inspirasi diorng untuk terus melukis ke peringkat lebih pro. Dipetik dari dalam sebuah buku koleksi Dragon Ball... dari 17 teks artis mangaka (pelukis komik) yg sempat aku baca... cuma 3 je aku berminat terjemahkan... yg lelain tu aku malas la... sebab... korang bukan tau pun manga (komik) diorang... -kan. So... apa lagi... baca lerrr...!
-----------
MASASHI KISHIMOTO (Mangaka Naruto)Saya berumur 28 tahun (semasa temubual ini) dan lebih tua daripada rakan saya. Mereka antara 27, 26, 25, 24 tahun. Dragonball adalah wajib ada dalam diri kami. Ketika kali pertama saya membaca temubual yang diberikan oleh sipenulis, saya setuju dengan pendapatnya. Tidak kira perempuan, orang tua ataupun guru akan membicarakan tentang Dragonball dan kesemua mereka bersepakat bahawa "anda tidak patut menceritakan kisah Dragonball sekiranya seseorang itu belum tahu mengenainya lagi". Dragonball adalah satu cerita yang begitu popular dikalangan pelbagai generasi. Pada masa kini, sekiranya anda mendengar perkataan "Goku", itulah karakter kepunyaan Toriyama yang terlintas difikiran anda dan bukannya lagenda monyet dari China!
-----------
TAITO KUBO (Mangaka Bleach)Yang manakah serangan lebih berkuasa, serangan Kamehameha atau Dodonpa? Itulah tajuk perbincangan saya pada masa dahulu tentang Dragonball. Ketika itu, saya masih lagi dibangku sekolah dan bercerita mengenainya bersama kawan-kawan. Pada pendapat saya, Dodonpa adalah serangan paling hebat kerana Kamehameha memerlukan dua belah tangan untuk diaktifkan sedangkan Dodonpa pula hanya perlukan satu jari sahaja. Taobaibai adalah pembunuh paling hebat di dunia. Dalam dunia Dragonball, watak jahat adalah yang paling pintar sekali. Saya tidak berniat katakan yang saya tidak sukakan watak baik, mungkin saya lebih sukakan watak jahat. Taobaibai, Jiaozi, Piccolo, Raditz, Vegeta, Nanpa, Zarbon, Dodoria, Ginyu, Reacoom dan Freza, sukar untuk saya memilih watak jahat yang saya sendiri tidak suka di kalangan mereka. Mereka semua sangat kuat dan sebab itulah juga selepas mereka dikalahkan, watak baik kelihatan akan bertambah hebat. Saya juga tidak akan lupakan kemunculan kali pertama watak Trunks, ianya sungguh mengejutkan saya! Watak jahat sememangnya lebih kuat, hebat dan sangat pintar. Dragonball membuatkan saya terfikirkan tentang itu. Kini, setiap kali saya membaca Dragonball, saya berasa begitu teruja seperti dulu.
-----------
EIICHIRO ODA (Mangaka One Piece)Setiap kali saya membaca Dragonball, berapa kali saya asyik terfikir "apakah yang akan terjadi selepas itu?". Itulah saat-saat yang paling penting untuk kita semua. Saya juga pernah dengar khabar daripada mereka yang mengatakan Akira Toriyama sendiri turut memikirkan mengenai perkara yang sama. Goku sememangnya membuatkan kita memikirkan perkara yang diluar jangkaan. Kebanyakan budak lelaki begitu teruja dengan personaliti dan persembahan yang ditunjukkan olehnya. Dragonball adalah manga shonen terhebat sekali. Dragonball juga adalah sebuah karya paling agung.
Senarai 17 mangaka (pelukis komik) yg lain... 01 - Eiichiro Oda - One Piece
02 - Masashi Kishimoto - Naruto
03 - Shinya Suzuki - Mr. Fullswing
04 - Yoshio Sawai - Bobobobo Bobobo
05 - Yƻsuke Murata - Eye Shield 21
06 - Tite (Taito) Kubo - Bleach
07 - Kentaro Yabuki - Black Cat
08 - Yasuhiro Kano - Pretty Face
09 - Mikio Ito - Normandy Himitsu Club & Granada
10 - Nakaba Suzuki - Rising Impact & Ultra Red
11 - Kenichi Sakura - Dragon Drive
12 - Kenjiro Takeshita - Happy World!
13 - Norihiro Yagi - Angel Densetsu & Claymore
14 - Arina Tanemura - Kamikaze Kaito Jeanne & Full Moon o Sagashite
15 - Ryo Azuki - Love Wan!
16 - Koshi Rikudo - Excel Saga
17 - Kota Hirano - Hellsing