Atas perminataan brader Gayour... konon-konon nak wat rujukan bikin kartun crossover katanya. Entah betul ke tidak... entah la. Kalo tak jadi pun takpe la... janji ikhlas nak belajar. Ada org tu... gelak kuat... tapi otak kosong... benda bagus diperlekehkan... benda tak bagus... suka! Ikat tiang, guna tali... pandai~ ...skali pegang tercabut ...ahahahaha. Bang... kalo tak reti nak ikat... guna paku aje la... tak payah susah2 nak ikat hahahaha!
So... dikesempatan ini... aku letak 9 Asas Simpulan dan Ikatan je... selebihnya... pepandai korang la ye. Hafal semua pun bukannya selalu dipraktikkan. Lebih baik belajar benda asas yg mungkin selalu digunakan... dari tak tahu langsung... -kan? Korang Pengakap ke atau tidak ke... itu bukan alasan. Serius!
Ikatan Buku Sila...
Selalunya digunakan untuk mematikan ikatan seperti menyambung tali yang sama saiz, kain pembalut luka dan mengikat barang. Ianya juga senang dibuka semula.
Ikatan Bunga Keti...
Digunakan untuk menyambung tali yang tidak sama besar atau saiz untuk menarik beban berat seperti perahu mahupun menarik sang kerbau.
Simpul Manuk...
Digunakan sebagai pemula ikatan pada tiang atau mengikat kayu.
Simpul Belit...
Cara ikatan ini amat sesuai digunakan untuk mengikat tali sampan (kerbau pun boleh) ke tiang atau pokok. Ianya tidak mudah tanggal atau terlucut... malah mudah dibuka semula ikatannya.
Simpul Pulih...
Simpulan ini digunakan untuk memendekkan tali yang panjang tanpa memotongnya.
Simpul Tindih Kasih...
Simpulan ini amat sesuai untuk kerja2 menyelamat atau alat sokongan untuk memanjat dan juga amat sesuai untuk mengikat leher sang kambing dan sang harimau... eh.
Ikatan Seraya...
Biasanya digunakan untuk mengikat kayu berpalang misalnya membuat tangga, tiang khemah dan yang seangkatan dengannya. Mulakan dengan ikatan simpul manuk terlebih dahulu. Ikatan ini lebih kukuh dan tidak mudah terluncut atau tercabut. Tak percaya... korang cuba ikat... lepas tu tarik batang kayu yang korang dah ikat. Perghhh~ marvelous!
Ikatan Silang...
Digunakan untuk mengikat 2 batang kayu secara bersilang. Selalunya dipasang atau digunakan sekali pada kaki meja, kerusi, tiang khemah dan apa-apa aje la yang sesuai mengikut keperluan korang supaya lebih teguh dan perkasa gitu!
Ikatan Silang Tungku...
Perlukah aku terangkan lagi yg ni? Tak payah la ye... (^_^ ")
OK la... rasanyer... cukup la setakat ni. Kalo aku rasa nak tambah... atau terdesak. Aku tambahlah lagi. Err... gambar kat atas tu adalah contoh peralatan atau... bebudak scout panggil... "gajet" yang boleh korang praktikkan sebagai latihan untuk korang simpul-menyimpul dan ikat-mengikat. Senorok sebenornyerrr~ kalo korang ada minat nak buat.
SELAMAT MENCUBA-desu!
14 comments:
wah...bagus nih nas..kebetulan pulak aku tgh design pondok yg aku tgh nak buat kat kebun bapak aku tu..buat style pengakap pun layan gak..ikat sana,ikat sini jer..jimat!
errr...boleh ajar camner nak buat pondok tak nas..hehehe..
walaupun gua blum cuba lagi ikatan ni tapi gua dapat rasakan teknik ni PENIPU!
crap!
Keciwa la plak aku... bila baca komen Gayour berunsur fitnah tu. Sia-sia je aku menahan tido selama ni... semata-mata nak tunaikan permintaan brader je. Takpe la... mungkin pekerjaan aku tu membuang masa aje kot. Adios... amigos!
p.s:
Kalo best... kata Aguri BEST!
alaaa... leceh la kamu ni bah!
nanti gua karate kerusi lu bagi patah ruik. pas tu gua cuba try test sambung balik dengan teknik ikatan tu. tengok kuat ker tak. kalo kuat, ok, boleh duduk cam biase baru la tak TIPU bah!
ah...koknya gayo cakap macamtu.. ini telah membuatkan aku ragu ragu dengan gaya ikatan pengakap nkau tu nas... tapi pondok segera aku dah siap dengan bantuan ikatan pengakap tu. agaknya berapa lama pondok tu dapat bertahan?... (aku ikan dengan gelang getah...)
Tunjukcara ikatan sangat menarik. Saya jadikan site ini sebagai rujukan untuk pelajar saya.Terima kasih.
salam, aku ialah warga baru dalam blog ni... tq pada blogger krn aku mmg tgh cari cr ikatan ni... tq... sbb aku ada program motivasi nak kena handle.. bermaksud disini dengan ko punyer info ni aku bleh buat duit... aku rasa tersinggung jgak apabila ada kata ko ni penipu.. jd aku sarankan si pengoemn tersebut cuba dulu... tp manakan tau dia mmg dah biasa hidup selesa... apapun thanks atas info ini... aku minta halal atas info baek ni..ta budak baek!!!
salam, aku ialah warga baru dalam blog ni... tq pada blogger krn aku mmg tgh cari cr ikatan ni... tq... sbb aku ada program motivasi nak kena handle.. bermaksud disini dengan ko punyer info ni aku bleh buat duit... aku rasa tersinggung jgak apabila ada kata ko ni penipu.. jd aku sarankan si pengoemn tersebut cuba dulu... tp manakan tau dia mmg dah biasa hidup selesa... apapun thanks atas info ini... aku minta halal atas info baek ni..ta budak baek!!!
Salam dan terima kasih. Sekiranya ada rezeki dan kerajinan. Akan datang... aKO nk terbitkan buku pasal ikat-mengikat tu dengan lebih lengkap lagi. Tak janji aaa... tapi cuba diusahakan kelak.
gayour2 berkesan AQ walaupun sarjan krs tpi kami ttp gne ikatan jenis ni jgak tahan jgan angkat org gajah pun terangkat
thanks ngan ko punyer ikatan ni.. teruskan lagi usaha dlm menyebarkan ilmu ek...thanks..memang inilah yg aku cari
tq
simpul setak or cetak 2 macam mane yer?
salam . aku ni orang pengakap . memang betul apa yang blogger ni cuba nak sampaikan . ikatan yang dia ajar semua nya betul . mana ada unsur penipuan kat sini . aku dah cuba bermacam ikatan . tak ada pulak jatuh ke bawah bila ikatan longgar . aku support blogger ni . thanks bro .
Post a Comment