19 April 2008

BUDAK LAPOK... Animasi 50:50

Kalau nak aku ceritakan semula pasal filem animasi Budak Lapok… mungkin ianya adalah sebuah cerita epik yg sudah lapuk utk dihebohkan. OK la… mungkin korang pun malas nak cerita atau ambik tau -kan. Tapi… apasal ada lagi org masih bertanya… best atau tak best filem animasi tu. Tak salah lerrr kalo bertanya… polis pun tak marah… polis marah ka? HAHAHA… OK la… aku tak kisah pun sbb aku suka orang bercerita dgn aku pasal perkembangan animasi negara. Ianya juga sebuah topik menarik yg patut sesame kita kongsi dan melihat pendekatan atau alternatif lain untuk terus memperjuangkan industri animasi tempatan kita.

Pada pendapatan patik… err… pada pendapat aku la pasal filem animasi BUDAK LAPOK… ialah… Budak Lapok adalah sebuah filem animasi tempatan yang berjaya dari segi persembahan kualiti animasi… sayangnya… pemilihan tema dan penceritaan yang dipertontonkan seakan sebuah siri animasi TV untuk tontonan kanak-kanak semata-mata. Tapi -kan… kalo betul la filem animasi ni disasarkan kepada seisi keluarga… terutamanya untuk golongan penonton dewasa. Terus terang aku cakap… fail! Gagal! Kalo ayat popular brader Gayour pula… CRAP!

Korang jangan pula mengada-ngada nak marah aku sbb aku minat layan animasi antarabangsa seperti Amerika dan Jepun… jadi... aku guna alasan itu, kata filem animasi Budak Lapok gagal. Come on la my friend… kalo korang pun antara golongan orang yg. berfikiran tipikal mcm tu… sampai bila-bila pun… animasi tempatan kita tak ke mana le. Aku tetap menyokong… support… industri animasi tempatan. Kalau tak… buat apa aku susah-susah menghabiskan duit poket semata-mata nak tengok animasi Malaysia! Aku bangga sbb Malaysia boleh buat animasi… cuma… aku jadi kureng bangga apabila hasilnya tak berjaya membuatkan aku teruja. Itu je. Sama la juga kes dengan animasi antarabangsa… korang ingat semua animasi diorg tu best ke? Tak dapat la beb! Diorang pun ada gak animasi yang gagal... fail.

MANN SPIDER ...filem animasi tempatan yang aku tersangat
ingin tengok... sampai sekarang aku tetap setia menunggu. Jadi ke tak tayang?


Ingat lagi tak… kartun animasi pendek tahun 80-an… yang disiarkan oleh RTM suatu ketika dulu. Pada pendapat aku… animasi hikayat sang kancil dengan buaya… atau arnab dengan kura-kura… monyet… kerbau… gagak dan segala… adalah animasi yang aku anggap… yang PALING TERBAIK pernah wujud di kaca TV Malaysia. Sayangnya… selepas pengenalan terhadap filem animasi Silat Lagenda… dlm zaman populariti Usop Sontorian… Keluangman… pembikinannya seakan tidak menggunakan formula pembikinan animasi cara terdahulu. Mula-mula animasinya OK... bila dah lama sangat... seolah-olah telah mempamerkan kualiti animasi ala-ala takde mood nak bikin… HAHA! Aku faham… kos pembikinan dan pulangan keuntungan jadi ukuran atau faktor utamanya. Aku tak nafikan itu semua… tapi… janganlah sampai menjatuhkan kualiti pembikinan animasi tempatan sampai ke tahap tu. Mcm buat kerja asal boleh tayang je… ish! Korang ni! Serius la skit!

Aku bet… mesti korang bangga dgn. animasi Kampung Boy -kan? Tapi… korang pasti ke… animasi tu adalah pure buatan Malaysia sehinggakan ada kata-kata bangga tak hingat donia kononnya kita berjaya hasilkan sebuah animasi tahap international. Serius aku cakap… persembahan karakter dan latar tempat sememangnya adalah ciptaan asal Dato Lat… tapi… yg bikin bukan kita. Jadi… aku cuma bangga sbb… unsur atau eleman berkonsepkan budaya Malaysia berjaya dipertontonkan kat Jepun, Jerman, USA, Singapura, Filipina dan dot-dot-dot. Bagaimana dengan siri TV animasi Anak-Anak Sidek pula? Korang tau ke…? HAHAHA… tau takpe.

Hmm… cukup setakat ni dulu. Kalo nak bincang pasal tu… sampai 100 tahun kemudian pun tak habis la. Err… lupa lak nak cakap… aku bercerita pasal pembikinan animasi 2D… bukan 3D. Sbb tu aku tak senaraikan siri animasi Saladin, Upin & Ipin, Kacang dan Geng The Movie. Aku prefer 2D animation… sbb… aku lebih terpesona dgn nilai-nilai seni, artistik dan kreativiti yg dipertontonkan. Tu je.

Overall... filem animasi BUDAK LAPOK... masih mempamerkan kualiti persembahan animasi yang terbaik. Hmm... BEST... cuma... 50:50 je. Amat sesuai sbg. tontonan santai kanak-kanak... bukan orang dewasa.

7 comments:

Anonymous said...

kalau ada sesapa nak cari koleksi keluang Man... boleh lungsuri laman sesawang : www.animationpromotion.blogspot.com

aMeir said...

Sukati kau la. Mulut dan tangan kita bebas berbicara. namun.. belajarla menghormati orang lain, nescaya penghormatan bakal hinggap di jasad dan wajah anda pula. sekurang-kurangnya, hasil usaha orang lain telah mampu mengisi vakum "animasi" wajah tempatan.

Nas-Aguri said...

Maaf sekiranya ada terkasar bahasa melalui penulisan tersebut. Aku harap kritikan yang aku berikan bukan bersifat menjatuhkan kreadibiliti mana-mana pihak.

Sebaliknya sbg pendorong atau pencetus utk terus mencari jalan mahupun alternatif lain untuk meningkatkan gaya persembahan animasi ke tahap lebih baik seiring dgn arus perkembangan teknologi pembikinan animasi terkini.

Sebenarnya... jalan cerita kebanyakkan animasi 2D Malaysia sangat bagus dan menepati citarasa budaya kita. Namun, pembikinan dan persembahan animasi 2D (...tidak termasuk animasi Bola Kampung dan Kumang... sbb animasi tu sungguh menarik perhatian aku...) masih lagi kurang menyerlah walaupun sudah lebih 10 tahun kita menerbitkan animasi.

Aku bagi pihak golongan dan rakan2 peminat dan penonton animasi tegar yg wujud kat Malaysia ni merasakan kami juga inginkan sesuatu yg terbaik dari korang (pengiat animasi).

Penerimaan majoriti masyarakat kita untuk menerima rancangan animasi sbg bahan tontonan santai turut diambil kira. Oleh itu, sama-samalah kita cuba cari jalan bagaimana utk menjadikan animasi tempatan kita boleh diterima oleh semua penonton tanpa mengira status umur, jantina dan kaum.

Bagi animasi 3D pula... aku takde komen utknya sbb aku merasakan animasi 3D kita boleh dibanggakan. Serius... misalnya animasi GENG the Movie... aku bet... filem itu bakal menjanjikan suasana tontonan animasi yg lebih baru, meriah dan happening giler.

Adanya sokongan dari kerajaan kita diharap dapat membantu memperbaiki dan meningkatkan lagi industri animasi tempatan dgn menerima idea2 yg lebih kreatif dan inovatif drpd. generasi akan datang. Insya-Allah.


p.s:
Aku respek btol ngan pelajar2 Darul Digital bikin animasi. Walaupun projek lone-ranger... still... persembahan animasinya sungguh mengkagumkan la. Serius!

Homework Studio said...

Terimakasih kembali kerana meminati Animasi Kumang. kami sering meningkatkan keupayaan dan mutu persembahan kami, dengan cara tersendiri. Mengambil ilmu dari segenap rumpun dan denai bumi, mencorakkannya pula pada karya melalui penerapan nilai-nilai budaya masyarakat malaysia yang kami asuh pada seluruh keluarga karyawan kami. Walaupun diakui, Kumang masih jauh jika dibandingkan dengan animasi Jepun dan lain-lain, namun ianya hasil pengamatan tersendiri, dengan gaya persembahan tersendiri mahupun dengan bahasa perfileman yang tersendiri.
Akhirulkalam, usaha saudara dalam menukilkan wacana, wahana dan kritikan boleh diiktiraf membina bagi industri (kalau boleh dikatakan industri ) animasi tempatan. Apa guna kita buat animasi, tetapi masih digelar meniru karya orang lain. Amatlah tidak adil bagi diri sendiri, apabila bakat yang dianugarahkan secara original, tetapi kita lebih gemar meniru. Tidak pula aku menafikan, Meniru ada baiknya. ( Meniru yang baik adalah meniru dari segi cara penghasilan, cara penceritaan, cara atau kaedah suntingan filem serta kaedah pemasarannya, tetapi bukan meniru bentuk kebudayaannya )

Anonymous said...

mesia mmg serba boleh.
citer animasi GomoMan tu pun dihasilkan oleh tukang masak tomyam je. haha.

Anonymous said...

http://www.youtube.com/watch?v=y2bc5tmVKg4

Nur syaza said...

Boleh tak bagi sinopsii pasal budak lapok..