10 August 2009

Behind The Scene LOG BOOK: Heroic Trio Record

Setelah bertungkus-lumus menyediakan segala kertas kerja... bahan untuk presentation... mock-up terawal... dan memacam lagi demi mencari wang untuk kos penerbitan dan percetakan. Multimedia Development Centre atau MDeC telah memberi mandat kat pasukan duo aKO... aKO dan dan brader Gayour... akan BERUSAHA!! Menyiapkan projek kitorang sepantas yang boleh. Kitorang meletakkan nama kumpulan kitorang iLHAM STUDIO yang bakal menerbitkan komik suntikan tempatan terulung kitorang berjudul LOG BOOK: Heroic Trio Record.


Sekiranya korang berminat dengan projek gergasi kitorang ni... errr... dan berminat meng-order komik kitorang yang BEST terlampau. Nantikan kemunculannya... boleh?! Kitorang pun dah up kitorang punya laman web tak berapa nak rasmi di... http://ilhamstudio.puteranime.com

Diulang sekali lagi aaa... lawati laman web kitorang kat... http://ilhamstudio.puteranime.com untuk info terkini komik kitorang yang mampu memberi kegairahan mengamati jalan cerita melampau mendebarkan dan keunggulan karya ilustrasi melampau memukau mata korang kelak. Tak caya...?! Korang tunggu je bila dah keluar kat pasaran tempatan dan seluroh donia sejagat! Best giler-desu!

No comments: