17 December 2007

G-Threee... Melencong Ke Genting View Resort

Adalah pada suatu hari tu... a long long time ago... kompeni kitorang adakan kursus BEST gilerrr kat Genting View Resort bersama staf2 jabatan yg lain (selain kitorang). Ianya juga adalah pengalaman pertama aku melihat sendiri ragam dan gelagat kumpulan kartunis2 g3 secara berkumpulan yg kecoh amat. Dlm ofis... kontrol gegila... yelah opis -kannn... penampilan diri is top priority. Kat luar ofis... makaih... cenggitu perangai diorang sebenarnya. Hmm... komen aku pasal kursus tu... hmm... yup... menarik dan happening giler. Menurut kata encik Zain pun... kumpulan kursus kitorang ni la yg antara ceria skali dan sporting habis. Tak tau la aku kalo encik Zain tipu ke idak... yg penting team kitorang seperti yg digambarkan. Tak caya... tanya brader Gayour. So... apa kata Gayour, "...ah! tipu!". Dengki la tuuu...


"Pada pendapatan ako... team ni BEST la...", kata brader Hj. YO dgn nada intonasi yg serius.
Brader Hj. YO berdiri di sebelah logo kebanggaan team M. ZAIN.


Aku dlm team paling POWER... hohoho... nama team aku M. ZAIN yang dipimpin oleh uncle Aan Budak Baik. Team Stone Cold pimpinan brader Gayour dan team Geli Mat pimpinan mr. Apai merupakan team alaaa... hai... lemahhh siottt... yg telah memberi saingan yg tak seberapa nak hebat kat team kitorang. Keputusannya... kitorang tetap gah dgn barisan ahli-ahli yg berkaliber lagi bijaksana. Antara kejayaan kitorang mengatasi 2 team lain yg ntah pape ntah tu...

1. Team feveret Mr. Zain dan rakan-rakan (fasilitator kursus)

2. Pemenang dan pasukan paling perkasa dalam acara perang belon air dgn mengalahkan 2 pasukan lain yg dah blur sbb tak reti jaga kubu masing2... a.k.a syok sendiri... hahaha.

3. Team pertama dan terakhir diberi penghormatan mengadakan persembahan konsert gergasi pada mlm terakhir kursus.

4. Sopan, berhemah tinggi dan berkarisma menjadi nadi kegemilangan team M. ZAIN yg sering menjadi sebutan dan juga puji-pujian berunsur bodek di kalangan ahli-ahli team pesaing.

5. Sebuah team yg berjaya menjadi idola dan kegilaan ramai peserta-peserta kursus selepas kitorang yg bakal dimotivasikan pada masa akan datang kelak.


Lagi...
Gayour, "...fuyooo!! Best la kumpulan ko Aguri... meh la join team Stone Cold plak.
Santai dan Ceria gitu...". Ah! Tak nak aKO!


Propaganda 3 team leader. Mr. Apai wat pakatan jahat ngan ketua
kitorang... si Aan.
Konon2 nak hentam team Gayour katanya. Disebabkan Aan
berhati mulia... so... dia pun gi pakat ngan
brader Gayour plak utk
kenakan team Apai... hohoho.



Walopun 3 team ini sering bertelagah antara satu sama lain... kitorang tetap
bersatu dan berpegang
pada slogan... "Jangan Pandang Belakang, Rempit Jer".
Aku dan 4 rakan lain sedang memasang projek
juta-juta cari gali minyak.


Hari terakhir bersama peserta2 yg lain. Time kursus dah habis.
Sambung balik kerja dateline aku yg tinggal sehari. Adeh... seronok kejap
je... tekanan perasaan plak dtg balik
.


Begitulah alkisahnya kumpulan kartunis g3 yg sempat aku laporkan dlm blog aku ni. Berjumpa lagi kiterrr... di hari dan waktu yg sama. Aku... Nas-Aguri melaporkan dari bilik berita cawangan Kampung Balun, Perak untuk saluran Aguri Channel. Zasss...!!


"May The Force Be With You" ("-_-)

No comments: