23 December 2007

Semua Orang Boleh Memasak!?

Seblom aku teruskan menaip ni... aku nak ambik kesempatan dulu aa... utk mengucapkan... SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA/ KORBAN/ HAJI buat seluruh rakyat Malaysia yg beragama Islam... pada tarikh 20 Disember 2007 yg lalu.

OK... teruskan membaca...
Kulinari Hero 2008
Siri TV la pulakkk... har... har... har!



"Everyone Can Cook..." Semua Orang Boleh Memasak. Yup... tu la petikan dialog yg aku pinjam dari filem animasi Ratatouille (...camni sebutannya... rat-a-too-ee). Alaa... kisah sang tikus jadik chef kat Perancis tu. Tu la juga animasi 3d pertama yg pernah aku tengok bertemakan pasal masakan dan tukang masak. Err... maaf... korang pernah tengok tak? Takpe... takpe... kita abaikan je pasal tu kalo korang blom tengok OK. Yoshh... aku bukan nak cite pasal imej ilustrasi aku kat atas tu... huhuhu... hmm... tapi ada kaitan la juga dgn perkara yg aku nak taip ni... iaitu pasal tukang masak atau atau dlm sebutan high-class-nya... CHEF... hohoho.

Ratatouille

Pernah dengar Chinese Cuisine, Japanese Cuisine, Italian Food... France Food... perkataan tu membuktikan kat korang bahawa masakan diorang adalah first class in the world yg disediakan oleh chef-chef profesional. Kita kat Malaysia... siapa chef paling popular? Chef Wan -kannn. Mungkin ada di kalangan korang kurang berminat pasal tu barangkali. Bagi aku... dunia memasak ni begitu unik. YA! Aku suka menonton rancangan TV atau tayangan filem berkaitan memasak... well... itu bergantung la juga pada tahap BEST-nya. Kalo suasana persembahannya tak meriah, jalan cite hampeh dan TAK BEST... awal-awal lagi aku reject... SERIUS!

Cth... ada la sebuah drama Melayu ni cite pasal tu (tak perlu la aku sebut tajuknya... aku pun dah lupa) makaih... 90% kisah cintan-cintun, keluarga dan ntah ape-ape ntah... dan... 10% lagi tu... ada la skit memasak... tu pun cam hampeh gak. Itu drama bertemakan memasak ke... atau konflik sepasang kekasih yg mengada-ngada... MENYAMPAH!

Yakitate Japan

Tak bleh ke buat drama pasal memasak yg disuntik ngan babak yg mendebarkan lebih mencemaskan cam siri TV pertarungan memasak Iron Chef ke... siri animasi Jepun Yakitate Japan ke... ataupun kalo nak versi lawak pun... cam filem Stephen Chow... God Of Cookery. Haih... tak faham la aku apa masalah diorang sebenarnya (Duit...? I guess). Ah... sudah la... kita lupakan pasal tu.

OK la... semalam (22/12/07) ...aku baru je melayan siri drama Jepun adaptasi manga (komik) ciptaan Sekiya Tetsuji yg mengisahkan seorang budak tukang masak yg kononya dah terer memasak setelah bekerja part-time di sebuah restoran makanan Itali di Jepun. Kecik je kedainya. Ujian dia yg paling besar... apabila tuan punya kedai tu... chef lerrr... cadangkan kat budak tu pergi training kat sebuah restoran yg sama tapi lebih besar berbanding tempat dia bekerja. Tajuk dramanya berjudul... BAMBINO. Ni... screenshot-nya...

BAMBINO (2007)

Kawasan dapur umpama medan peperangan para tukang masaknya.
Camtu la juga dlm drama Bambino.


Kerja sebagai pelayan pun kenalah PRO gak.


Memula aku terbaca je tajuknya... I thought is about... budak bernama Bambino yg frust bercinta. Naluri aku suroh tengok pun... sbb pelakon utamanya pernah berlakon dlm siri drama *Jikembo Young Kindaichi (Penyiasat Remaja utk tajuk komik alihbahasa BM) musim ke-3. Disbbkan dia berlakon pun mmg best dlm drama *JYK... sooo... aku pun just try2 tengok. Rupa-rupanya tema drama feveret aku la plak... pasal memasak. So... aku baru je melayan sampai episod 4 (ketika aku taip ni).

Overall... BEST! Ketegangan, mencemaskan, mendebarkan, meriah, suka-duka kehidupan, komedi, semangat membara dan memacam lagi la. Semua situasi berlaku dlm satu pakej utk drama Jepun BAMBINO. Itulah siri drama yg aku nanti-nantikan selama ni. Korang nak cuba try tengok... cubalah. Hmm... rasanyer takde lagi kot DVD drama Bambino kat pasaran Malaysia sbb drama tu baru lagi. Kalo korang jumpa... bagitau la aku skali kat mana korang beli... OK. So... Selamat Menonton-desu.

Tengok dessert (makanan pencuci mulut) yg diorg bikin tu telah berjaya
membuatkan aku... laparrrrr...! Arrr... makang budok!



53rd Television Drama Academy Awards :
| 01. Best Actor - Matsumoto Jun | 02. Best Supporting Actor - Kitamura Kazuki |
| 03. Best Director | 04. Special Award |



---
Layan IRON CHEF Japan...

Sape2 yg follow rancangan realiti masakan Jepun kat TV Malaysia... korang pernah tengok tak sorang Iron Chef berjaya ditewaskan... pastu diganti ngan chef yg baru. Kalo korang blom tengok... tapi nak tengok gak. Klik pautan streaming video kat bawah ni...

Iron Chef - Battle Foie Gras
Part 1 [ Enter ]

Part 2 [ Enter ]
Part 3 [ Enter ]
Part 4 [ Enter ]
Part 5 [ Enter ]


SELAMAT MENONTON-desuwaa...!

No comments: